Honda, GM dan Cruise rancang mula khidmat e-panggilan tanpa pemandu pada 2026!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Cruise Origin
Cruise Origin
Kereta hari ini canggih dengan pelbagai teknologi seperti brek dan stereng automatik dan bila agaknya kereta tanpa pemandu berada di pasaran?

Beberapa pengeluar dan syarikat sudah pun menguji kereta autonomi di jalan raya dan ini pula berita terbaru dari Cruise, General Motors dan Honda.

Ketiga-tiga syarikat memeterai Memorandum Persefahaman bagi menubuhkan satu usaha sama yang akan memulakan khidmat e-panggilan tanpa pemandu di Jepun pada 2026.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Cruise Origin

 

Kenderaan tanpa pemandu yang digunakan ialah Cruise Origin dan dibangunkan secara bersama oleh ketiga-tiga syarikat.

Cruise Origin dibangunkan khas untuk khidmat e-panggilan tanpa pemandu dan akan mengambil penumpang di lokasi tertentu dan menghantar mereka ke destinasi.

Pelanggan hanya perlu menggunakan aplikasi khas di dalam telefon pintar untuk keseluruhan proses dari panggilan hingga bayaran.

 

Cruise Origin

 

Buat permulaan ketiga-tiga syarikat merancang untuk menawarkannya di kawasan tengah Tokyo pada awal 2026.

Khidmat tersebut akan dimulakan dengan sedozen Cruise Origins sebelum dikembangkan kepada 500 unit dan ditawarkan di luar kawasan tengah Tokyo.

Selain itu, khidmat yang ditawarkan juga dapat membantu menangani isu kekurangan pemandu teksi dan bas di Jepun.

 

Cruise Origin

 

Cruise Origin tidak dilengkapi stereng atau kerusi pemandu dan bahagian dalam mempunyai ruang luas dan boleh memuatkan enam penumpang secara berdepan.

Khidmat e-panggilan tanpa pemandu di Jepun akan memberikan pengalaman baharu dengan mensasarkan pelbagai pelanggan dari keluarga hingga perniagaan.

Khidmat ini juga berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong di Jepun untuk mencubanya.

 

Cruise Origin

 

Cruise Origin dibina dari platform elektrik baharu yang dibangunkan GM dan berfungsi menggunakan pelbagai perkakasan seperti sensor, kamera dan LiDAR. 

Selain ruang dalaman yang luas, satu lagi praktikaliti Cruise Origin ialah pintu jenis gelangsar yang menjadikannya lebih selamat untuk penunggang sikal.

Penulis: Muhammad Md Tajudin