Honda, GM kongsi platform kurangkan kos pembangunan EV

oleh Mohamad Hanif|
Honda Motor bakal menjual kenderaan elektrik di pasaran Amerika Utara, dengan lebih 50 peratus komponen dikongsi daripada rakan teknikalnya, General Motors.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perkongsian platform serta komponen automotif antara kedua-dua syarikat itu mampu meminimumkan kos pembangunan sesebuah EV, di mana secara umumnya memerlukan kos sehingga 50 bilion yen (RM1.88 bilion).

Kos bateri sahaja sudah merangkumi 40 hingga 50 peratus daripada kos produksi yang perlu dilaburkan.

Dengan perkongsian platform EV, Honda dan GM mampu untuk menetapkan standard tersendiri ke atas komponen seperti motor elektrik, bateri, alat penyongsang, serta komponen utama yang lain, selain menjimatkan kos menerusi tempahan dalam kuantiti yang besar untuk komponen yang sama.

Sumber: Nikkei Asia Review

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…