Honda, GM umum kerjasama hasilkan barisan model EV lebih mampu milik

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk mengatasi jualan kenderaan elektrik jenama Tesla, dua syarikat besar automotif kini bergabung tenaga untuk membangunkan barisan kenderaan elektrik dengan penawaran harga yang jauh lebih rendah.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

General Motors dan Honda Motor dalam satu kenyataan pada Selasa lalu mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan barisan model EV mampu milik, termasuk crossover bersaiz kompak dengan menggunakan teknologi bateri Ultium daripada GM yang akan tiba pada tahun 2027.

Ia merupakan tambahan kepada pelan sedia ada di mana sebelum ini GM akan turut memproduksikan dua buah model SUV elektrik Honda bermula tahun 2024, iaitu Honda Prologue dan sebuah model Acura.
 

prologue


Tidak mengejutkan apabila Honda dan GM mahu membangunkan model crossover kompak, memandangkan segmen tersebut kini menguasai pecahan terbesar di dunia dengan jumlah jualan tahunan melebihi 13 juta unit kenderaan.

Menurut bos GM, Mary Barra berkata, harga jualan untuk barisan model EV mampu milik itu dijangka bermula bawah $30,000 atau RM126,564.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
GM, mengesahkan pemberhentian pekerja yang pada mulanya dilaporkan oleh CNBC, berkata dalam satu…
Berita Global
General Motors yang kini telah mempunyai rancangan untuk mengendalikan empat loji bateri di sebuah…
Berita Global
Cruise itu yang bergerak sendiri tanpa pemandu, tidak berhenti dan terus melanggar wanita tersebut…