Honda henti buat enjin di kilang Tochigi menjelang 2025

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat kenderaan Honda berkata ia akan menghentikan penghasilan enjin-enjin di kilangnya di Mooka, Tochigi menjelang tahun 2025.

Ia adalah sebahagian dari penstrukturan semula operasi pembuatan kenderaan untuk syarikat itu yang telah bermula dari tahun 2017 lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara puncanya ialah permintaan untuk kenderaan berenjin biasa semakin menurun di Jepun kerana pasaran domestik di negara itu sudah mula mengarah kepada kenderaan elektrik (EV).

Honda juga mempunyai kilang-kilang enjin di pasaran luar dan ia tidak perlu bergantung kepada bekalan enjin dari Jepun.

Hampir 900 pekerja di Mooka itu akan dipindahkan ke lokasi-lokasi baharu.

Selain dari kilang di utara Tokyo itu, Honda juga sudah mengumumkan akan menutup kilang pemasangan kenderaan mereka di Sayama, Saitama.

Honda berhasrat untuk menjual hanya EV di pasaran global menjelang tahun 2040.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perancangan itu ialah untuk menjadikan Honda lebih kompetitif bagi pasaran EV di US dan Eropah.…
Berita Global
Honda menawarkan program persaraan awal yang terbuka untuk mereka yang berusia antara 55 hingga 63…
Berita Global
Antara faktor yang yang mendorong kejayaan HondaJet adalah prestasi yang ditawarkan, ruang kabin…