Honda henti jualan Accord, CR-V, Insight di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Honda Jepun kini meringkaskan lagi penawaran barisan model di negara Matahari Terbit dengan menghentikan penjualan model-model CR-V, Insight, dan juga Shuttle, di mana produksi akan berakhir pada bulan Ogos tahun ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laporan daripada Best Car Web, Honda Jepun juga dikatakan menghentikan seketika penawaran Accord buat sementara waktu sehinggalah generasi baharu sedan segmen D itu tiba di negara tersebut.

Sehingga kini, Honda telah menghentikan penjualan 10 buah model di Jepun termasuklah Clarity, Legend, Odyssey, S660, Acty, dan juga NSX.

Antara sebab utama model-model tersebut ditamatkan penjualannya adalah berdasarkan kajian semula terhadap trend pasaran serta kehendak pelanggan di Jepun.

Untuk model CR-V, dikatakan harga jualan bagi model SUV itu adalah agak mahal dan tidak sesuai untuk pasaran Jepun, ditambah pula dengan prestasi jualan SUV tersebut yang tidak memberangsangkan.

'Tempat' CR-V mungkin akan digantikan oleh kehadiran SUV baharu ZR-V (atau Honda HR-V di Amerika Syarikat), dan tidak dapat dipastikan sama ada generasi baharu CR-V (yang baharu sahaja dilancarkan di Amerika) bakal mendarat di Jepun ataupun tidak sama sekali.

Penutupan kilang Sayama di Wilayah Saitama juga dikatakan turut menyumbang kepada penamatan beberapa buah model yang disebutkan itu tadi, di mana Honda mahu memfokuskan tumpuan kepada penawaran kenderaan elektrik, di mana 30 buah EV akan dibangunkan menjelang tahun 2030.

Sumber: Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan N-BOX generasi ketiga ini dilihat mengekalkan bentuk asas yang berpetak, namun ia telah…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…
Berita Global
Ia adalah berpunca daripada masalah ketidaktentuan bekalan komponen yang diakibatkan oleh pandemik…