Ditawarkan dalam unit yang terhad, Honda HR-V SE ditawarkan penambahan ciri bantuan pemandu yang terdiri daripada bantuan penukaran laluan, amaran lintasan trafik belakang dan sistem informasi titik buta.

Tidak ketinggalan, indikasi amaran bukaan pintu juga turut disekalikan ke dalam pakej SE ini, selain penambahan aksesori seperti unit perakam video, trunk tray dan juga trunk organizer.
Tiada sebarang perubahan mekanikal di mana ia masih lagi membawakan enjin 1.8 liter yang menghasilkan 142 PS dan 172 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Honda HR-V sebelum ini ditawarkan dengan pakej keselamatan seperti enam beg udara, kawalan kestabilan kenderaan, bantuan mula mendaki, lampu berhenti kecemasan (ESS) serta tidak ketinggalan kamera undur berbilang sudut.
Harga jualan bermula dari RM105,364 atas jalan tidak termasuk insurans.