HR-V generasi kedua ini mula diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada 2022, di mana versi facelift kini disegarkan dengan sentuhan kosmetik dan penambahbaikan kecil.
Antara perubahan luaran yang paling ketara ialah gril hadapan baharu lebih lebar, bersama bampar depan yang direka semula dengan lebih agresif.
Pada bahagian belakang pula, lampu belakang LED kini tampil lebih sleek dan moden. Khusus untuk varian RS pula, rim 18 inci turut diberi sentuhan baharu dengan kemasan dua tona berkilat, menggantikan rekaan kelabu kusam sebelum ini.
Masuk ke ruang kabin, pendekatan minimalis dan praktikal menjadi tema utama, dengan konsol tengah kini diganti dengan rekaan simetri yang lebih konvensional serta menempatkan ruang simpanan tambahan di bawah kawalan penghawa dingin.
HR-V facelift juga hadir dengan skrin infotainmen bersaiz 8 inci baharu yang kini menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Untuk pasaran Malaysia, HR-V 2025 kekal dengan tiga pilihan trenkuasa, iaitu enjin 1.5L NA (121 PS/145 Nm), enjin 1.5L VTEC Turbo (181 PS/240 Nm) dan hibrid e:HEV (131 PS/253 Nm).
Untuk ciri bantuan pemanduan, fungsi Honda Sensing juga kini dipertingkatkan dengan Adaptive Driving Beam (ADB) dan Active Cornering Light, menjadikan pemanduan.
Dua warna baharu turut ditawarkan untuk mereka yang mahukan kelainan: Phoenix Orange Pearl dan Crystal Black Pearl.
HR-V 2025 kini ditawarkan dengan dua pilihan warna baharu, iaitu Phoenix Orange Pearl dan Crystal Black Pearl, di samping pilihan warna sedia ada seperti Platinum White Pearl, Meteoroid Gray Metallic, dan Stellar Diamond Pearl.
4 varian ditawarkan, HR-V 2025 ditawarkan bermula dari RM115,900 untuk varian S, RM130,900 untuk varian E, RM137,900 untuk varian V dan RM143,900 untuk varian e:HEV RS.