Honda Insurance Plus tawar lebih nilai kepada pelanggan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam usaha untuk memberikan lebih nilai dan jaminan kepada perkhidmatan selepas jualan, Honda Malaysia menyarankan para pelanggannya untuk memilih Honda Insurance Plus (HiP). 

Pelan insurans dengan tagline "Built by Honda, Protected by Honda. Repaired by Honda" ini menggariskan tiga tunjang utama yang memberikan pengalaman pemilikan yang lebih baik kepada para pelanggannya iaitu:

 

1. Rescue

HiP kini mempunyai pasukan penyelamat yang siap bersedia memberikan bantuan kepada anda 24 jam sehari, dan tujuh hari seminggu. 

Pasukan bantuan ini boleh diakses menerusi talian 1-800-18-1177 di seluruh negara. 

Sekiranya berlaku sebarang insiden kemalangan, kerosakan atau bencana alam, servis tunda kecemasan 24 jam akan segera dihantar ke Pusat Badan dan Cat Honda bertauliah dalam radius 450 km untuk pemeriksaan dan pembaikan. 

Dalam masa yang sama, ahli HiP akan menerima kemas kini dan tunjuk ajar berkenaan proses tuntutan perlindungan insurans. 

Pelan insurans ini juga turut menawarkan servis pembaikan tepi jalan tanpa sebarang cas buruh sehingga RM200 untuk setiap kes, seperti jump-start, penukaran bateri, penukaran tayar, serta isian bahan api. 

 

2. Protection


Bagi memberikan perlindungan menyeluruh kepada pelanggan, kereta Honda yang terlibat dalam kemalangan atau kerosakan akan dihantar ke Pusat Badan dan Cat Honda bertauliah dan ia akan diperiksa oleh pakar mengikut standard yang ditetapkan oleh Honda Malaysia.

Sehingga kini, Honda Malaysia mempunyai 23 buah Pusat Badan dan Cat seluruh negara, dilengkapi dengan peralatan terkini dan individu bertauliah bagi memastikan setiap kenderaan yang dipulangkan berada di dalam kondisi terbaik.

Tambahan pula, segala penukaran komponen alat ganti adalah disahkan 100% tulen dan didatangkan dengan jaminan enam bulan atau 10,000 km jaminan servis. 

Hanya di Pusat Badan dan Cat Honda, para pelanggan akan mendapatkan semula kenderaan mereka dengan lebih cepat ditambah dengan kelulusan tuntutan pantas, terutama kes tuntutan pra-lulus di bawah nilai RM20,000. 

 

3. Savings


Direka untuk memberikan lebih perlindungan dan mengurangkan beban kewangan para pelanggan, HiP didatangkan dengan tambahan terma perlindungan serta penjimatan kos penggantian. 

Setiap ahli HiP adalah layak untuk menerima perlindungan termasuklah pampasan 100% di dalam kes kecurian, atau rosak kekal berdasarkan jumlah yang diinsuranskan. 

HiP memberikan jaminan tiada kos tersembunyi untuk penggantian komponen alat ganti baharu bagi kereta yang berusia sehingga 10 tahun, termasuklah kos tunda kecemasan 24 jam. 

Informasi lanjut berkenaan HiP boleh dirujuk menerusi laman web www.honda.com.my atau talian bebas tol 1-800-88-2020.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…