Honda Integra Hatchback 2023 – enjin 1.5 turbo atau 2.0 e:HEV, transmisi manual 6-kelajuan tersedia!

oleh Mohamad Hanif|
GAC-Honda baharu sahaja melancarkan sebuah model baharu yang dinamakan sebagai Integra Hatchback untuk pasaran China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melengkapi penawaran sedan Integra sedia ada, Integra Hatchback ini membawakan penggayaan yang lebih sporti, disumbangkan dengan warna dua tona dan yang paling penting ia masih lagi ditawarkan dengan transmisi manual dan tiga pedal!
 

integra


Macam pernah lihat? Ya anda tidak salah pandang, kerana Integra Hatchback ini sebenarnya menggunakan asas daripada Civic Hatchback FL.

Untuk pasaran China, Integra Hatchback akan ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa, terdiri daripada enjin 1.5 liter turbo yang mampu menjana kuasa 180 hp dan 240 Nm (padanan transmisi manual atau CVT), serta enjin hibrid 2.0 liter e:HEV berkuasa 143 hp dan 315 Nm (padanan transmisi CVT sahaja).
 

integra


Seperti yang disebutkan tadi, Integra Hatchback masih lagi ditawarkan dengan kotak gear manual enam nisbah kelajuan, di mana kebiasaannya transmisi tersebut hanya dikhususkan untuk model-model yang murah di pasaran tersebut.

Penampilan sporti Integra itu turut diserikan dengan kehadiran spoiler lid, pemegang pintu berwarna hitam, tip ekzos berkembar berwarna krom, diffuser serta lampu brek ketiga stail kereta lumba.
 

integra


Sementara versi hibrid (gambar atas) pula lebih ringkas penawarannya tanpa kehadiran tip ekzos seperti model turbo, dan pemegang pintu mengikut warna badan.

Menurut Car News China, GAC-Honda bakal melancarkan Integra Hatchback secara rasmi pada awal suku kedua tahun ini (Q2 2023).

Sumber: Car News China