Honda janji Type R terus hidup dalam era kenderaan elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Era hot hatch berenjin pembakaran dalaman (ICE) mungkin sudah menghampiri penghujungnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Beberapa pengeluar sudah pun mula menghentikan pembangunan model hot hatch bagi menumpukan perhatian kepada model berkuasa elektrik.

Seperti contoh, Peugeot menamatkan model GTi beberapa tahun yang lalu, manakala Renault pula dijangka menguburkan model RS-nya tahun depan.

Hyundai pula dilapor tidak akan menawarkan model i30 N versi hatchback disebabkan oleh regulasi emisi.
 

CTR


Namun, berita baik datang daripada Honda di mana mereka menjamin tidak akan mengabaikan model berprestasi tinggi Type R pada masa hadapan.

Dalam temubual bersama Autocar, ketua jurutera Civic Type R Hideki Kakinuma berkata, "tanpa Type R, tiada Honda."

Jelasnya lagi, Honda "sangat percaya keseronokan pemanduan merupakan intipati teras dalam mobiliti peribadi."

Beliau kekal realistik di mana industri automotif masa kini sedang 'memaksa' pengeluar untuk beralih kepada kenderaan elektrik.

"Disebabkan undang-undang neutral karbon dan emisi yang sangat ketat, amat sukar untuk memikirkan sebuah model sports di dalam ruang ini.
 

CTR


Namun begitu, Honda melihat halangan ini sebagai satu cabaran baharu dalam usaha untuk menawarkan keseronokan pemanduan buat para pelanggan mereka.

Tidak dapat diketahui trenkuasa apakah yang bakal disumbatkan ke dalam model Type R baharu, memandangkan Honda sebelum ini menyebut Civic Type R merupakan model berenjin pembakaran dalaman terakhir di benua Eropah.

Menurut Kakinuma, kemungkinan Type R baharu tanpa bantuan elektrik bateri atau hibrid bukanlah sifar.
 

CTR


Jelasnya, "neutral karbon tidak seharusnya fokus kepada trenkuasa semata-mata. Ia boleh dicapai walaupun anda memandu sebuah kereta dengan enjin pembakaran dalaman.

"Semangat Type R itu sendiri tidak bergantung kepada jenis trenkuasa. Ia merupakan satu falsafah, prinsip keseronokan pemanduan yang meliputi pelbagai jenis aspek... Sekiranya keseronokan ini boleh dibekalkan oleh jenis trenkuasa tertentu yang neutral karbon atau berelektrik, atau dari teknologi yang sama sekali berbeza - ia juga boleh menjadi sebuah Type R," ujarnya lagi.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…