Honda Jazz 2021 mendarat di Singapura - bermula dari RM300k!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun pada mulanya Honda telah pun mengesahkan model Jazz/Fit generasi baharu hanya dikhususkan untuk pasaran Eropah dan Jepun, ia tidak pernah menghalang negara jiran kecil kita Singapura untuk memperoleh model hatchback terbaharu tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat dua pilihan enjin ditawarkan iaitu enjin asas 1.5 liter DOHC empat silinder sebaris yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, padanan transmisi CVT dan penggunaan bahan api sekitar 5.7 liter untuk setiap 100 km.

Sementara model e:HEV pula menampilkan trenkuasa Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) motor elektrik berkembar yang menghasilkan 108 PS dan 253 Nm, serta enjin 1.5 liter kitaran Atkinson yang menjana 98 PS/127 Nm.

Bacaan penggunaan bahan api pula adalah sekitar 3.8 liter untuk setiap 100 km.

 

 

Tiga varian ditawarkan mengikut spesifikasi pasaran Jepun, iaitu 1.5 Base, 1.5 Home dan 1.5 e:HEV Luxe, dengan kelengkapan standard seperti lampu projektor LED, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED dan lampu belakang LED, serta roda aloi bersaiz 16 inci rekaan turbin.

Manakala model Luxe pula mendapat pelindung cermin sisi krom satin serta rekaan rim yang berbeza.

 


Secara standard, Honda Jazz generasi baharu ini didatangkan dengan kemasan upholsteri kulit, sistem kemasukan tanpa kunci, butang pandu mula, stereng tilt-telescopic, sementara varian Home dan Luxe pula mendapat roda stereng balutan kulit yang serupa, dan sistem kawalan iklim automatik.

Di bahagian tengah, terdapat skrin infotainmen bersaiz sembilan inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar, empat pembesar suara (lapan untuk varian Luxe) dan tidak ketinggalan ciri yang tipikal untuk sebuah Jazz, iaitu Ultra Seat.

 


Dari segi keselamatan, Jazz baharu ini datang dengan enam beg udara, serta kawalan kestabilan kenderaan manakala varian Luxe merupakan satu-satunya model yang mendapat kelengkapan Honda SENSING yang merangkumi brek kecemasan autonomi, kawalan pemanduan adaptif, serta bantuan pengekalan kedudukan laluan.

Untuk pasaran Singapura, Honda Fit generasi baharu itu didatangkan dengan harga bermula dari S$98,999 (RM300,700) untuk model asas 1.5 liter sehingga S$103,999 (RM315,900) untuk varian 1.5 e:HEV Luxe.

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…