Honda Jazz Hybrid guna 4.5l petrol untuk 100km perjalanan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Buat kali pertama Honda Jazz akan dijual secara eksklusif di seluruh Eropah dengan nadi kuasa hibrid. Ini bermakna tiada Jazz dengan enjin petrol tunggal dijual di Eropah. 

Jazz pasaran Eropah menggunakan sistem hibrid yang dipanggil e:HEV. Sistem itu berbeza dengan apa yang digunakan pada Jazz generasi ketiga di pasaran sekarang.

Sistem e:HEV dibangunkan baharu untuk Jazz dan dibina bagi memberikan pengalaman pemanduan menyeronokkan. Sistem itu terdiri daripada dua motor saiz kompak dan berkuasa yang dihubungkan dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Jazz

 

Turut berada di dalam pakej ialah bateri lithium-ion dan transmisi gear kekal melalui unit kawalan kuasa pintar yang beroperasi secara harmoni bagi menghasilkan respon langsung dan lancar.

Output kuasa 109 PS boleh memacu Jazz e:HEV dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 9.4 saat dengan kelajuan maksimum 175 km/j. Prestasi itu sederhana namun memadai untuk sebuah kereta bandar seperti Jazz.

Motor elektrik berkelajuan tinggi dibangunkan secara dalaman oleh Honda supaya ringan, padat dan cekap.

Motor penggerak elektrik (electric propulsion motor)  pula berputar hingga 13,300 rpm bagi menghasilkan tork setinggi 253 Nm yang membantu semasa pecutan kelajuan rendah.

 

Honda Jazz

 

Apa yang penting ialah penggunaan minyak, kadar untuk Jazz e:HEV standard ialah 4.5l/100 km (WLTP) manakala Jazz Crosstar pula 4.8l/100km (WLTP).

Satu lagi perkara menarik mengenai Jazz e:HEV ialah ia mempunyai tiga jenis mod pemanduan yang bertukar di antara berikut:

  • EV Drive: Bateri lithium-ion membekalkan kuasa kepada motor penggerak elektrik (electric propulsion motor) secara terus
  • Hybrid Drive: Enjin membekalkan kuasa kepada motor penjana elektrik (electric generator motor) yang kemudian membekalkan pula kepada motor penggerak elektrik
  • Engine Drive: Enjin petrol disambungkan terus ke roda melalui klac terkunci (lock-up clutch)

Di dalam kebanyakan situasi memandu di bandar, kecekapan optimum dicapai melalui peralihan mod yang lancar di antara EV Drive dan Hybrid Drive.

 

Honda Jazz

 

Untuk kelajuan lebih tinggi seperti di lebuh raya, mod Drive Engine digunakan yang mempunyai bonus tambahan kuasa dari motor penggerak elektrik supaya dapat memecut lebih pantas.

Di dalam Hybrid Drive, kuasa berlebihan dari enjin petrol boleh dipindahkan untuk mengecas semula bateri melalui motor penjana. 

Dalam proses pertukaran tersebut adakah kereta akan tersengguk-sengguk? Menurut Honda, proses itu tidak menggangu atau penumpang tidak perasan tentangnya.

 

Honda Jazz

 

Para jurutera Honda telah memberikan perhatian tinggi bagi mengurangkan lengahan (lag) semasa peralihan mod tersebut. 

Walaupun hadir dengan reka bentuk ringkas berbanding Jazz generasi ketiga, Jazz e:HEV berselindung di sebalik teknologi canggih dan maju. 

Akhir sekali, adakah Jazz e:HEV bakal dijual di negara kita sama seperti Jazz Hybrid generasi kedua dan ketiga? Belum ada khabar dan sama-sama kita nantikan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…