Honda kekal nombor satu jenama bukan nasional di Malaysia - sasar 95k jualan 2019

oleh Mohamad Hanif|

Honda Malaysia masih mencatatkan rekod penguasaan pasaran sebanyak 17.1% untuk tahun 2018, sekaligus mengekalkan momentum selaku jenama automotif nombor satu dalam segmen Bukan Nasional selama empat tahun berturut-turut.

Dari segi Jumlah Keseluruhan Industri (TIV), Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan nombor dua untuk tiga tahun berturut-turut.

Tahun 2018 menyaksikan Honda Malaysia berjaya menjual sebanyak 102,282 unit kenderaan, penurunan sebanyak 6.6% berbanding tahun 2017.

Kesemua model CKD iaitu Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, Accord dan CR-V merupakan peneraju di dalam segmen masing-masing, dengan Honda City menjadi penyumbang terbesar dengan penguasaan 32% daripada keseluruhan model Honda.


Honda Civic dan Honda CR-V juga menjadi peneraju di dalam segmen tersendiri, masing-masing mencatatkan jumlah 16% dan 13%.

Selain daripada itu, Honda Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 11% dari segi pengambilan perkhidmatan selepas jualan, menjadikannya pengambilan paling tinggi dalam sejarah. 

Peningkatan tersebut disempurnakanlagi dengan rekod jualan alat ganti tulen Honda dengan peningkatan lonjakan sebanyak 25%. 

Bagi menghadapi tahun 2019, Honda Malaysia mengambil beberapa langkah strategi utama untuk mengekalkan posisi di pasaran seperti:
 

1. Tambah baik standard khidmat pelanggan

Dari segi aspek perkhidmatan, Honda Malaysia akan terus bekerja keras untuk menaik taraf khidmat pelanggan, terutama khidmat selepas jualan. 

2. Mengukuhkan rangkaian pengedar

Sehingga kini, Honda Malaysia mempunyai 120 buah pengedar termasuk 22 pusat badan dan cat, terdiri daripada 83 di Semenanjung Malaysia dan 15 di Sabah dan Sarawak. 

3. Pengenalan Model-model baharu

Honda bakal memperkenalkan model-model baharu yang dinaiktaraf, dan percaya ia dapat membantu mengekalkan kedudukan sebagai peneraju setiap segmen. 

Tahun 2019 dimulakan dengan pelancaran HR-V 1.8L RS baharu dan model SUV hibrid 1.5L Sport Hybrid i-DCD. 

Bulan berikutnya, Jazz Mugen Edisi Terhad dan BR-V Edisi Khas diperkenalan dengan 300 unit bagi setiap model. 


Melihatkan kepada prestasi tahun 2018, Honda Malaysia optimis bahawa hala tuju strategik perniagaan pada tahun lalu akan menjadi batu loncatan bagi mencapai sasaran 2019 seterusnya melangkaui ekspektasi pelanggan.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Semenjak dilancarkan pada Februari tahun ini, Honda Civic facelift yang didatangkan dengan…
Berita Domestik
Langkah ini akan disusuli dengan program penggantian komponen pam bahan api melibatkan kenderaan…
Berita Domestik
  Harga jualan baharu itu berkuatkuasa dari hari ini sehingga 31 Disember 2020.   Senarai harga…