Honda lancar skuter elektrik EM1 e: di Eropah, jarak gerak 41 km sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada barisan kereta elektrik, Honda juga tidak ketinggalan melancarkan model dua roda untuk golongan yang tidak lagi mahu menghidu wap petrol di stesen minyak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di Eropah, pembeli (terutama golongan penuntut kolej) kini boleh mendapatkan skuter elektrik Honda EM1 e: dengan keupayaan yang menyamai skuter 50 cc konvensional, dan jarak gerak yang sangat pendek.
 

EM1


Motor elektrik yang duduk di dalam roda itu berupaya menjana kuasa setinggi 2.3 hp (atau 1.2 hp dalam mod Econ), daya kilas 90 Nm, serta kelajuan tertinggi dihadkan kepada 45 km/j sahaja.

Bateri 50 voltan seberat 10 kg itu membenarkan jarak gerak sejauh 41 km sahaja, di mana Honda menyasarkan skuter elektrik ini untuk kegunaan para pelajar di sekitar kampus.
 

EM1


Aspek pengecasan juga amat mudah, anda tak perlu pening kepala mencari fasiliti pengecasan, sebaliknya hanya perlu mencabut bateri tersebut dan mengecasnya di dalam bilik.

Tempoh pengecasan 25-75 peratus SoC mengambil masa kira-kira 160 minit dengan menggunakan pengecas domestik 270 W, sementara pengecasan penuh dari sifar memakan masa enam jam.
 

EM1


Harga jualan EM1 e: masih lagi belum didedahkan secara rasmi.

Menjelang tahun 2025, Honda merancang untuk memperkenalkan sehingga 10 buah model motosikal dan skuter elektrik untuk pasaran global.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp…