Honda, LG umum bina kilang bateri EV di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Demi memastikan cita-cita untuk melancarkan pelbagai model kenderaan elektrik tercapai, Honda baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan LG untuk membangunkan sebuah kilang pengeluaran bateri baharu di Amerika Syarikat.

Kilang dengan kos pembangunan sebanyak $4.4 bilion itu bakal mempunyai kapasiti tahunan 40 GWh, dan produk bateri kantung lithium-ion yang terhasil akan digunakan secara eksklusif untuk model-model EV jenama Honda dan Acura khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.
 

Honda


Menariknya, sasaran kapasiti tahunan 40 GWh itu adalah menyamai perancangan yang diumumkan oleh Kumpulan VW untuk kilang bateri di Valencia, Sepanyol.

Kerjasama antara Honda dan LG itu akan dimuktamadkan pada tahun ini, namun tiada sebarang perincian berhubung lokasi sebenar yang bakal menjadi tempat kilang bateri baharu itu.
 

EV


Namun, difahamkan pembinaan kilang bateri itu dijangka akan bermula seawal tahun 2023, dan produksi pertama sel bateri lithium-ion pula hanya akan bermula lewat tahun 2025.

Setakat ini, Honda telah mengumumkan tiga platform EV yang bakal menjadi asas kepada 30 buah model EV baharu menjelang tahun 2030 untuk skala global.

 

Honda LG


Salah satu daripadanya merupakan senibina Honda e: Architecture yang akan 'melahirkan' beberapa model bersaiz penuh untuk pasaran Amerika Utara bermula tahun 2026, menjadikannya salah satu calon yang sesuai untuk menerima bateri daripada kilang baharu itu.

Secara keseluruhan, Honda menyasarkan produksi tahunan kenderaan elektrik di Amerika Utara sebanyak 750,000 hingga 800,000 unit menjelang tahun 2030.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Presiden Sony Honda Mobility Izumi Kawanishi menjelaskan, syarikat…
Berita Global
  Dipasarkan di Jepun, Honda Access Co., Ltd. turut menawarkan pelbagai aksesori tulen untuk ZR-V…
Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 157 cc dengan teknologi eSP+ (enhanced Smart Power Plus)…