Honda mahu jadi jenama EV 100 peratus menjelang 2040

oleh Mohamad Hanif|
Honda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lalu mensasarkan untuk menjadi jenama bebas daripada enjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2040.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO yang baharu sahaja dilantik, Toshihiro Mibe mengakui target tersebut dilihat agak mencabar, namun pengeluar tersebut mahu menetapkan sasaran yang tinggi.

Selain daripada itu, Honda juga mahu memastikan nisbah kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan sel bahan api (FCEV) yang dijual di pasaran utama mencecah 40 peratus pada tahun 2030 dan meningkat kepada 80 peratus menjelang tahun 2035 sebelum 100 peratus pada tahun 2040 di peringkat global.

Difahamkan, Honda bersedia untuk melabur sejumlah 5 trillion yen di dalam unit pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk mencapai sasaran tersebut.

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mengumumkan sasaran untuk mengurangkan 46 peratus emisi menjelang 2030.

Dalam pada itu, Honda Amerika Syarikat turut mengumumkan kerjasama dengan General Motors untuk memperkenalkan dua buah model EV baharu untuk pasaran tersebut menjelang tahun 2024.

Kedua-dua model yang dibangunkan daripada platform Ultium GM itu masing-masing bakal dijual di bawah dua jenama yang berbeza, iaitu Honda dan juga Acura.

Sumber: Japan Today, Inside EVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…