Honda Malaysia 1 Million Dreams Grand Finale - empat pemenang diumumkan

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah mengumumkan empat pemenang model edisi khas menerusi acara 1 Million Dreams Grand Finale yang telah berlangsung semalam di perkarangan parkir Stadium Bukit Jalil.


Peraduan ini telah berlangsung selama sebulan, dari Februari sehingga Mac dan telah berlangsung di semua pengedar sah Honda dengan menyediakan siri aktiviti-aktiviti bagi memudahkan penyertaan pertandingan tersebut.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Penyertaan Honda 1Million Dreams kali ini amat memberangsangkan di mana lebih daripada 155,600 penyertaan telah diterima hanya dalam masa satu bulan! 

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama berkata, “Jualan kesejuta unit merupakan pencapaian bersejarah bagi Honda Malaysia sejak kami memulakan jualan kereta pada 2001. 


Sejak itu, saban tahun kami telah memperkenalkan pelbagai model dengan teknologi termaju yang diterima baik oleh pasaran dan menjadi peneraju segmen. 

Model popular seperti City, Civic dan CR-V telah menyumbang kepada keseluruhan jualan 1 juta unit, masing-masing mewakili sebanyak 37 peratus, 15 peratus dan 11 peratus. 
 

Honda Malaysia juga memperuntukkan sebuah model Jazz Edisi Khas untuk dimenangi petugas barisan hadapan. Ini merupakan inisiatif kami untuk menyatakan rasa penghargaan kepada semua barisan hadapan yang bekerja bertungkus-lumus sejak setahun lalu bagi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia,” tambah Encik Ishiyama.

 

Tiga model Edisi Khas iaitu BR-V, City Serba Baharu dan HR-V akan diumumkan oleh CUCKOO, Shopee dan Watsons pada awal April 2021 nanti.

 

 

 

Empat pemenang model Edisi Khas 1 Million adalah seperti berikut:-

 

1. Honda Jazz   -     Shaiful Rezza Bin Abdul Razak (Polis)

2. Honda Civic  -      Chuah Sze Yong

3. Hond CR-V Baharu   -  Lim Lye-Gaik

4. Honda Accord  -  Abdul Hakim Bin Mohd Radzi

 

 

Shaiful Rezza - pemenang Honda Jazz
Chuah Sze Yong - pemenang Honda Civic
Lim Lye-Gaik - pemenang Honda CR-V (baharu)
(wakil) Abdul Halim - pemenang Honda Accord

 

Dalam masa yang sama, Honda Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia untuk menghadiri acara Pesta Ria (Funfair) 1 Million Dreams Grand Finale bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan acara pada 27 dan 28 Mac dari jam 10 pagi hingga 10 malam di perkarangan letak kereta C Stadium Nasional Bukit Jalil. 

 


Aktiviti-aktiviti menarik seperti Ferris Wheel, Merry-Go-Round, Bumper Cars, Paratrooper, Instax Photo-Booth, pelbagai pilihan trak makanan dan hadiah percuma menanti semua rakyat Malaysia yang datang berkunjung nanti. 

 


Masuk adalah percuma untuk semua.

 

Honda Malaysia ingin menekankan bahawa acara ini mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOPs) yang ketat seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. 


Permainan riadah pesta ria akan disanitasi minimum setiap 2 jam manakala permainan di dalam kawasan tertutup akan disanitasi sekerap yang mungkin. 

 

funfair

 


Kereta-kereta pandu uji akan disanitasi setiap kali sesi pandu uji selesai. Sebagai langkah keselamatan tambahan, Honda Malaysia akan menyediakan perlindungan asas kepada semua pengunjung di acara 1 Million Dreams Grand Finale. 

 

Honda juga menggalakkan pelawat untuk mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakkan sosial pada setiap masa.

 

Acara 1 Million Dreams Grand Finale merupakan sambutan perjalanan Honda di Malaysia, bermula dengan jualan pertama pada 2001 dan pembukaan kilang produksi pemasangan tempatan pertama pada 2003. 

 


Untuk maklumat lanjut mengenai 1 Million Dreams Grand Finale, pelanggan boleh melayari laman web www.honda.com.my atau Facebook rasmi Honda Malaysia atau menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di talian 1-800-88-2020.

 

Apa yang menarik lagi? Saksikan video ini:

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemenang hadiah utama ialah Channumathy Manogaran dari Klang yang membawa pulang sebuah Perodua…
Berita Domestik
Mohamad Hanif bin Md Nor telah dinobatkan sebagai juara pemandu trak dari ASAC Logistic Sdn Bhd…
Informasi
  Azfar berkata, "Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu hebat dan saya tidak dapat…