Melalui satu majlis malam media pada Jumaat lepas, Honda Malaysia bakal memperkenalkan 3 model baharu dan 1 model facelift, disamping beberapa pengumuman mengenai pusat servis baharu dan sistem Honda CONNECT.
Baca: Honda Malaysia bakal perkenal SUV kompak pertamanya

Walaupun tidak didedahkan secara terperinci, salah satu model yang jelas diberi bayangan ialah SUV kompak pertamanya, iaitu Honda WR-V.
Walaupun Honda WR-V bakal berada di dalam kelas yang sama dengan Perodua Ativa, namun ianya tidak dilihat sebagai saingan kepada Ativa, sebaliknya sebagai pilihan tambahan kepada mereka yang mahu berbelanja lebih.
Hal ini kerana SUV kompak dari Honda itu bakal berada di segmen lebih premium dengan tawaran harga yang lebih tinggi berbanding Ativa, jadi tidak wajar untuk membandingkan kedua model tersebut.

3 model lain yang dijangka untuk muncul ialah satu lagi model SUV iaitu Honda CR-V, Honda Civic Type R FL5 dan Honda City facelift.
Menguatkan lagi sangkaan ketibaan satu lagi model SUV mereka apabila beberapa gambar kelibat yang dipercayai merupakan CR-V baharu dikesan sedang diuji di jalan Malaysia.
Baca: Honda CR-V 2023 dikesan di Serdang

Bagi model prestasi Honda yang ditunggu-tunggu, Civic Type R FL5 juga telah diberi bayangan melalui gambar tombol gear manual bersama tulisan berwarna merah yang sememangnya sinonim dengan model Type R.
Sudah tentunya kemunculan Type R terbaharu itu bakal mengujakan semua jejaka berjiwa kelajuan dan selekoh, untuk pasaran Malaysia, harga bagi Civic Type R FL5 dijangka berada dalam anggaran RM350,000.

Untuk satu lagi model baharu, ianya dijangka dengan kehadiran model Honda City versi facelift dengan beberapa perubahan kecil.
Pada awal bulan ini juga pasaran India telah menerima model facelift tersebut, dan ianya dijangka tiba untuk pasaran Malaysia pada tahun ini
Baca: Honda City 2023 facelift