Honda Malaysia buka Pusat 3S terbaharu di Bintulu, Sarawak

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah pun melancarkan Pusat 3S baharu dan yang pertama di Bintulu, Sarawak. Pelanggan Honda di Bintulu kini dapat menikmati lebih banyak kemudahan dengan pembukaan Pusat 3S Honda oleh Kemena Auto Sdn.Bhd. (Kemena Auto).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dengan pelaburan bernilai RM11 juta, Pusat 3S Honda Bintulu ini terletak di kawasan seluas 43,560 kaki persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini untuk menepati standard Honda. 

 

Ia mempunyai enam petak ruang servis, tiga petak membaiki badan kenderaan dan satu petak menyelenggara tayar, serta mampu melakukan penyelenggaraan terhadap hampir 40 buah kereta sehari.

 

Terletak di bahagian tengah Sarawak, pembukaan pusat 3S adalah selaras dengan salah satu strategi utama dalam hala tuju perniagaan Honda Malaysia tahun ini, yang berazam mengukuhkan rangkaian pengedaran di seluruh negara.

 

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, “Malaysia Timur adalah rantau yang berpotensi berkembang, menjadikannya sebagai pasaran penting untuk Honda Malaysia.

 

Pengembangan pasaran ke Malaysia Timur bermula empat tahun lalu dan pada masa ini, kami mempunyai 13 peniaga di Malaysia Timur dengan tujuh daripadanya terletak di Sarawak.


“Sebagai satu-satunya pengedar di Bintulu, kami sangat percaya bahawa Kemena Auto akan memberikan perkhidmatan selepas jualan terbaik kepada pelanggan kami di kawasan ini.”
 

 

Selaras dengan usaha Honda untuk menyediakan kemudahan terbaik, Kemena Auto Honda 3S Center turut menawarkan pelbagai kemudahan lain termasuk bilik menunggu yang selesa, perkhidmatan Wi-Fi percuma, sudut Kanak-kanak, makanan dan minuman percuma serta Surau.

 

Pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan membasuh kereta, pembaharuan cukai jalan dan perkhidmatan pembaharuan insurans di Honda 3S baru ini.

 

Untuk pelanggan yang berada di sekitar daerah Bintulu yang memerlukan perkhidmatan jualan dan selepas jualan, bolehlah berkunjung ke Pusat 3S Honda Bintulu yang terletak di Lot 14728, Taman Terus, Jalan Tun Hussein Onn, 97000, Bintulu, Sarawak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…