Honda Malaysia buka Pusat 3S terbesar di Kuching, Sarawak

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia baru-baru ini melancarkan pembukaan rasmi pusat 3S baharu yang dikendalikan oleh Northmont Capital Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terletak di kawasan Petra Jaya, lokasi yang strategik menjadikannya mudah untuk diakses oleh pelanggan dari kawasan kejiranan di sekitar Sungai Sarawak.
 

3S


Northmont Capital melabur sebanyak RM15 juta untuk membangunkan pusat 3S di atas tanah berkeluasan 4,711 meter persegi, dengan keluasan binaan 2,339 meter persegi menjadikannya pusat 3S Honda yang terbesar di Kuching.

Dilengkapi dengan kemudahan terkini, pusat 3S Honda baharu ini turut menyediakan 12 ruang servis, 3 ruang pembaikan umum, dan 1 ruang servis tayar, dengan kapasiti yang mampu mencecah 50 buah kereta dalam masa sehari.
 

3S


Terdapat juga kemudahan ruang rehat yang selesa, sambungan Wi-Fi percuma, ruang kanak-kanak, dan tidak ketinggalan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dan insurans, servis basuh kereta, servis sistem pendingin hawa kenderaan, serta penjajaran dan pengimbangan tayar.

Sehingga kini, Honda Malaysia mempunyai 14 buah pusat pengedar di wilayah Malaysia Timur.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, "tahun ini, wilayah Malaysia Timur telah merekodkan prestasi jualan yang memberangsangkan, menyumbang 5 peratus kepada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia untuk tempoh Januari hingga September 2022.
 

3S


"Daripada jumlah tersebut, Sarawak merupakan penyumbang tertinggi dengan 3 peratus. Honda City merupakan model yang paling dicari, menyumbang 22 pertaus kepada jumlah jualan di rantau ini.

"Model HR-V serba baharu yang dilancarkan Julai 2022 yang lalu turut menerima sambutan menggalakkan di Sarawak, dengan lebih 200 unit telah terjual di negeri ini.

 


"Pembukaan pusat 3S baharu ini adalah tepat pada masanya bagi memenuhi peningkatan permintaan dan keperluan pelanggan. Saya yakin pusat 3S baharu ini dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang dipertingkatkan kepada para pelanggan kami di Kuching, sekaligus meningkatkan tahap kepuasan pelanggan," ujarnya lagi.

Northmont Capital (Honda 3S Centre) ini terletak di Lot 13105, Sec 65, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching Sarawak.

Untuk membuat temujanji, sila hubungi talian 082-258 400, 082-258 500 atau 082-251 900.