Honda Malaysia capai sasaran jualan! 39,000 unit terjual enam bulan pertama 2022

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia (HMSB) mendedahkan prestasi jualan mereka untuk separuh pertama tahun 2022. Honda berjaya menjual 39,000 unit untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, sekaligus meletakkan ia di laluan betul untuk mencapai sasaran tahunan 80,000 unit.


Catatan jualan separuh tahun pertama ini menunjukkan peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Bulan Mac adalah bulan terbaik dengan lebih 10,500 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan.

CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari tempoh Januari hingga Jun 2022.

 

Melihat pecahan mengikut model, Honda City adalah yang paling laris dan menyumbang 39 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan. Kedua tertinggi dengan jualan sebanyak 23 peratus adalah City Hatchback dan diikuti dengan Civic sebanyak 18 peratus.

 

1

 

Untuk makluman, tiga model ini, City, City Hatchback, Civic serta Accord adalah model bukan nasional paling laris dalam segmen masing-masing dari bulan Januari hingga Mei.

 

“Penerimaan baik model Honda baru ini (seperti Civic dan HR-V serba baharu) telah membantu meningkatkan prestasi jualan kami tahun ini. Kami menyaksikan permintaan tinggi melalui tempahan yang dibuat sebelum tempoh pengecualian cukai berakhir 30 Jun lalu, dengan lebih 105,000 tempahan dibuat dalam masa enam bulan pertama tahun ini,” kata pengarah urusan dan CEO HMSB, Hironobu Yoshimura.

 

“Kami akan bekerja keras untuk memastikan kereta baru ini dapat disampaikan kepada pelanggan dalam masa yang ditetapkan sambil mengekalkan kualiti tingginya. Honda Malaysia ingin menyampaikan penghargaan kepada semua pelanggan kami atas sokongan yang diberi, serta kesabaran mereka,” tambah beliau.

Berita Berkenaan

Informasi
Pakej HiP dipertingkatkan ini menawarkan gabungan tiga faedah yang dipertingkatkan termasuk menunda…
Pelancaran Motosikal
Honda ADV350 dinadikan dengan enjin 4 lejang bersasaran 330cc, satu silinder, penyejuk cecair SOHC…
Pelancaran
Sejak diperkenalkan pada 2021, e:HEV RS untuk City Hatchback menyumbang 16 peratus kepada jumlah…