Honda Malaysia hadiahkan Civic Type R FK8 sebagai kereta pengiring sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Dipertuan Agung

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) telah memaklumkan bahawa HMSB telah menyerahkan sebuah Civic Type R FK8 kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, YDP Agong XVI sebagai hadiah sempena Hari Keputeraan Baginda yang disambut pada Isnin lalu, 9 September 2019.


Kereta tersebut akan digunakan untuk kegunaan harian sebagai salah satu kenderaan pengiring. Dalam majlis yang sama, Honda Malaysia turut menghadiahkan sebuah Honda Civic 1.5 VTEC Turbo Premium kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, yang juga akan digunakan sebagai kenderaan pengiring.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

ydp

 

Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata “Di Honda, kami komited untuk menawarkan produk yang bernilai tinggi dan juga terkini dalam teknologi bagi memberikan kegembiraan kepada pelanggan.

 

Civic Type R merupakan model yang telah dinobatkan sebagai ‘kereta produksi pacuan roda hadapan terpantas di dunia’ di litar lumba lagenda Nürburgring di Jerman ketika mula diperkenalkan pada 2017. Model ini bukan sahaja sesuai digunakan di litar, tetapi boleh dipandu sebagai kenderaan harian,” kata beliau semasa majlis penyerahan tersebut.

 


Beliau berkata, “Bagi pihak Honda Malaysia, saya juga gembira untuk menyerahkan satu lagi model yang dari Honda iaitu Civic 1.5L VTEC Turbo Premium kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai kereta pengiringnya,” tambah Ishiyama lagi.


 

 

Unit yang diterima oleh Tuanku hari ini menampilkan livery Polis diRaja Malaysia yang berbeza dari unit pengiring sebelum ini. 

 

Civic Type R merupakan jentera dengan bekalan kuasa kuda 310 PS dan tork maksima 400 Nm dengan enjin 2.0 liter VTEC Turbo, pemacuan roda hadapan dengan enam kelajuan gear manual.

 

Selain Type R ini, kenderaan pengiring lain adalah Volvo S90 T5 Momentum, enjin turbo 2.0 liter, empat silinder Drive E, dengan kuasa kuda 254 PS dan daya kilas 350 Nm. 

 

 

ydp 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…