Honda Malaysia masih kekal di tempat pertama

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah mengumumkan angka jualan lebih 44,200 unit kenderaan untuk separuh pertama 2019. Bulan Mei telah merekodkan jualan tertinggi sebanyak 10,500 unit.


Berdasarkan kepada angka ini, Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional dan No. 2 untuk Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) 2019 apabila menguasai 15.3 peratus TIV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Separuh pertama 2019 sememangnya mencabar. Civic mencapai jualan yang ke-130,000 unit, manakala Jazz pula mencatat jualan ke-100,000 unit. Kami sangat gembira melihat kedua-dua model ini menjadi pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia. 

 

“Honda akan terus menawarkan produk berteknologi dan berkualiti tinggi kepada anda semua,” tambah beliau lagi.

 

Penyumbang terbesar angka jualan untuk Honda adalah City dengan 34 peratus, diikuti oleh HR-V dengan 20 peratus dan CR-V dengan 14 peratus
 

 

Warna Passion Red Pearl yang diperkenalkan kepada model HR-V telah menjadi tarikan utama dan warna ini diperkenalkan kepada Jazz, City, CR-V dan BR-V juga. Tempoh menunggu semasa untuk kesemua model Honda adalah di antara satu hingga dua bulan.

 

Presiden baharu Honda Malaysia yang dilantik dan Ketua Pegawai Operasi Encik Sarly Adle Sarkum berkata, "Beberapa minggu kebelakangan ini amat menarik untuk saya sejak saya mengambil jawatan. Saya kagum dengan komitmen yang tinggi dan dedikasi pasukan untuk membawa Honda ke tahap yang lebih tinggi di Malaysia. Ini telah memberi saya keyakinan bahawa kami mengambil cabaran untuk mendorong jualan kami lebih jauh lagi. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami untuk menyokong jenama kami. Kami komited untuk menyediakan Joy of Buying dan penawaran terbaik kepada pelanggan kami untuk kepuasan pelanggan yang lebih tinggi. "

 

 

Sempena perkhabaran terbaharu ini, Honda Malaysia turut melancarkan kempen Tech Frontier Rewards yang akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli model Honda dilengkapi teknologi Honda SENSING, Turbo dan Sport Hybrid i-DCD. 

 

Kempen itu menawarkan Bonus Honda, Tech Month Bonus dan hadiah eksklusif sehingga RM5,000 dan ia terbuka kepada semua model kecuali Civic Type-R. Kempen ini telah bermula pada 1 Julai hingga 30 September 2019

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau laman sesawang www.honda.com.my

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…