Honda Malaysia panggil 2,784 unit Accord 1999, CR-V 2000 ganti inflator beg udara pemandu

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen panggil semula (recall) melibatkan 2,748 unit model tahun 1999 dan 2000 untuk menggantikan inflator beg udara hadapan sebelah pemandu, selari dengan kempen Non-Azide Driver Airbag Inflator (NADI) yang dijalankan di peringkat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan model yang terjejas dengan kempen panggil semula Honda Malaysia:

 

Model Tahun Unit terjejas
Accord 1999 1,380
CR-V 2000 1,404

 

Honda Malaysia turut memberikan jaminan bahawa model semasa yang dijual adalah tidak terkesan dengan kempen panggil semula, dan percaya langkah ini akan perlu sebagai pencegahan bagi menangani sebarang kemungkinan yang melibatkan komponen inflator beg udara hadapan Takata.

Sehingga kini, tiada sebarang kes kecederaan atau kematian yang dilaporkan disebabkan masalah inflator beg udara pemandu Takata.

Pelanggan yang terjejas akan dihubungi menerusi surat pemberitahuan, dan Honda Malaysia menyeru semua pelanggan yang terlibat untuk menghubungi mana-mana pusat pengedar Honda untuk membuat temujanji untuk menggantikan komponen tersebut.

Proses penggantian inflator beg udara pemandu ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Bagi pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Honda Toll Free di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my atau productrecall.honda.com.my untuk menyemak status kenderaan mereka.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…