Honda Malaysia perkemas penawaran HR-V 2021 - skrin infotainmen 7 inci standard, bermula dari RM104 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tahun 2021, Honda Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi model HR-V 2021 dengan ciri baharu serta naiktaraf luaran bagi varian Hibrid.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kesemua varian kini mendapat skrtin infotainmen 7 inci Display Audio yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, serta tambahan dua slot pengecasan USB di bahagian konsol tengah untuk kemudahan ketika sedang bergerak.

Sementara model HR-V Sport Hybrid Intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD) pula tampil dengan beberapa kemasan yang lebih malar segar seperti lampu utama LED, lampu belakang LED Guide Taillights dan lampu kabus hadapan yang juga daripada LED.

Melengkapkan perubahan sedia ada adalah pemegang pintu daripada krom serba baharu, serta roda stereng tiga jejari balutan kulit yang memberikan impresi pemanduan yang lebih sporti.

 


Semenjak diperkenalkan pada tahun 2015, Honda HR-V telah berjaya dijual sebanyak lebih 98,600 unit atas jalan raya Malaysia, sementara model facelift diperlihatkan secara rasmi pada Januari 2019 dengan pengenalan varian RS dan Sport Hybrid.

Untuk tahun 2020, Honda HR-V berjaya menjadi model ketiga paling laris dijual, menyumbang kepada 17 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Honda Malaysia.

Harga jualan (dengan pengecualian cukai sehingga 30 Jun 2021) untuk varian HR-V adalah seperti berikut:

  • HR-V E - RM104,000.21
  • HR-V V - RM113,421.92
  • HR-V RS - RM118,581.81

Sementara harga jualan untuk model HR-V Sport Hybrid i-DCD akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk menempah, pelanggan boleh melayari platform pra-tempahan kenderaan baharu dalam talian di alamat https://prebook.honda.com.my/, atau mengunjungi pusat pengedar sah Honda Malaysia yang tertakluk kepada syarat SOP yang telah ditetapkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…