Honda Malaysia perkenal warna baharu Platinum White Pearl untuk Civic, BR-V

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan opsyen warna baharu untuk model Honda Civic dan Honda BR-V, iaitu Platinum White Pearl bagi menggantikan warna White Orchid Pearl.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Warna Platinum White Pearl ini pertama kali diperkenalkan oleh Honda Malaysia menerusi model MPV Odyssey dan sedan segmen D, Honda Accord generasi kesepuluh.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "White Orchid Pearl merupakan antara warna popular di kalangan pelanggan Honda, masing-masing merangkumi 38% dan 25% daripada jumlah jualan Honda Civic dan BR-V.

"Namun, dengan pengenalan buat kali pertama warna Platinum White Pearl ini ketika pelancaran Honda Accord, kami melihat maklum balas yang positif di mana ia merangkumi 33% daripada jumlah jualan keseluruhan sedan tersebut.

Model kedua paling laris Honda Malaysia - Honda Civic masih lagi mengekalkan kedudukan nombor satu sedan segmen C dengan penguasaan pasaran 79%.

Selain daripada enjin 1.5 liter VTEC Turbo yang berkuasa (173 PS/220 Nm), Honda Civic juga turut didatangkan dengan teknologi keselamatan termaju seperti Honda SENSING dan juga Honda LaneWatch.

 


Honda BR-V juga kini menerajui pasaran MPV bukan nasional, dan telah terjual sebanyak 38,000 unit semenjak pelancarannya pada tahun 2017.

Antara ciri menarik yang dibawakan adalah pelbagai konfigurasi tempat duduk yang menampilkan ciri 60:40 One Touch Tilt & Tumble untuk baris kedua dan 50:50 Tilt & Full Tumble untuk baris ketiga.

Warna baharu Platinum White Pearl ini sudah boleh didapati untuk Honda Civic, manakala pelanggan yang menantikan warna ini pada Honda BR-V boleh mendapatkannya bermula November ini.

Surcaj untuk warna Platinum White Pearl bagi Honda Civic dan Honda BR-V adalah RM272.73.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sumber yang dihubungi oleh Careta pula menerangkan bahawa tawaran itu ialah khusus untuk model City…
Model Terbaharu
Buat pertama kalinya, Honda Malaysia turut memperkenalkan varian CR-V e:HEV RS membawakan…
Telah Diuji
Penawaran HR-V juga agak unik di sini, di mana ia merupakan satu-satunya model SUV yang ditawarkan…