Honda Malaysia perluaskan Pusat Badan dan Cat

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia meneruskan peningkatkan pengalaman pelanggan dengan memperluaskan Pusat Badan & Cat (Body & Paint) di pengedarnya.


Pada tahun ini sahaja, Honda Malaysia telah membuka enam Pusat BP baharu yang telah memulakan operasi, menjadikan jumlah keseluruhan Pusat BP Honda berjumlah 28 pusat.


Tujuan utama pembukaan lebih banyak Pusat BP ini adalah untuk pelanggan Honda menikmati Joy of Buying dengan menambah perkhidmatan selepas jualannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "Honda Malaysia berusaha untuk menyediakan lebih banyak kemudahan selepas jualan kepada pelanggan kami dengan memperluaskan jejak BP Center. 

 


Sehingga kini, kami mempunyai 28 BP Pusat yang beroperasi. Kami percaya pengembangan Pusat BP akan membantu Honda Malaysia memenuhi permintaan serta menawarkan perkhidmatan dan faedah selepas jualan yang berkualiti".

 

Antara perkhidmatan di Pusat BP ini adalah termasuk cat Waterborne, produk hijau revolusioner serta pengantian alat ganti tulen dari Honda.

 

1

 


Honda Malaysia turut mengekalkan pertumbuhan jualan yang konsisten sejak 5 tahun yang lalu dengan peningkatan purata 30 peratus dari tahun 2014 hingga 2018.Sehingga Oktober 2019, Honda Malaysia mencatatkan lebih daripada 36,000 pengambilan perkhidmatan BP, peningkatan 40 peratus dari tempoh yang sama tahun lepas. 

 

BP Centre adalah pusat sehenti Honda bertujuan membantu pelanggan Honda dari segi pemeriksaan kenderaan, pembaikan kenderaan kemalangan, lukisan, pemeriksaan kualiti selepas penyelenggaraan dan banyak lagi. 
 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat BP Honda Malaysia, para pelanggan boleh menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau log masuk ke www.honda.com.my 

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…