Honda Malaysia persembah City RS e:HEV kepada Invest Melaka Berhad

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia baru-baru ini mempersembahkan model sedan Honda City RS e:HEV serba baharu kepada syarikat Invest Melaka Berhad (IMB) bersempena kolaborasi bersama SOCAR Mobility Malaysia Sdn Bhd (SOCAR) dan selari dengan sambutan ulang tahun yang ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda City RS e:HEV serba baharu itu dipersembahkan oleh Sarly Adle Sarkum, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia kepada Tuan Ramli bin Mohd Ali, CEO Invest Melaka Berhad dalam satu acara bertempat di Menara MITC, Melaka.

Ketika memberikan ulasan berhubung serahan tersebut, Sarly Adle Sarkum berkata, "bagi pihak Honda Malaysia, kami berasa amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada sambutan oleh Invest Melaka Berhad, dan dapat menyumbang kepada pembangunan industri automotif tempatan.

 


Honda Malaysia memulakan operasi di Kilang Pegoh, Melaka lebih 17 tahun yang lalu dan kini mempunyai dua barisan produksi dengan kapasiti yang mampu mencecah 100,000 unit setahun.

Sedan City RS e:HEV yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu didatangkan dengan pelbagai jenis teknologi yang mampu mengubah permainan di dalam segmennya, seperti sistem hibrid 2 motor e:HEV yang berupaya menghasilkan 109 PS dan 253 Nm, sistem transmisi e-CVT, serta ciri Honda CONNECT yang mengutamakan teknologi telematik.

 


Selain daripada itu, Honda City RS e:HEV turut didatangkan dengan ciri keselamatan menyeluruh seperti Honda SENSING merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Pengekalan Laluan (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW)
  • Suluhan Tinggi Automatik (AHB)

Tidak ketinggalan, ciri yang pertama seumpamanya di dalam segmen seperti Honda LaneWatch dan Brek Parkir Elektrik.

 


Honda City RS e:HEV sudah boleh ditempah menerusi laman web www.prebook.honda.com.my atau dengan mengunjungi mana-mana 102 pusat pengedar Honda yang bertauliah di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Ya, jika ada perkataan “e:HEV” di mana-mana nama model Honda, ia merupakan sebuah model yang…
Berita Domestik
Tidak seperti tiga varian City yang telah dilancarkan sebelum ini, Honda City RS e:HEV didatangkan…
Berita Domestik
Ciri yang ditawarkan menerusi Honda CONNECT merangkumi tiga tunjang utama, iaitu Safety (…