Honda Malaysia rai penyerahan Jazz Sport Hybrid kepada pemilik pertama

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda Malaysia kini telah meraikan penyerahan Honda Jazz Sport Hybrid kepada pemilik pertama model ini, Anessa Binti Abdul Rashid.

 

Honda Jazz Sport Hybrid tersebut telah diserahkan kepada pemiliknya semalam di Honda Global Amity Bangi.

Jazz

Penyerahan tersebut amat bermakna kerana Malaysia merupakan negara di luar Jepun yang melancarkan sistem terbaru iaitu “Intelligent Dual-Clutch Drive Hybrid” (i-DCD).

 

“Honda Malaysia merupakan pelopor dalam memperkenalkan model hibrid di negara ini sejak 2004. Kami juga telah menjadi syarikat pertama yang melakukan pemasangan tempatan sejak 2012, dan yang ketiga diperingkat global selepas Jepun dan Amerika Syarikat” kata Pengarah Urusan Honda Malaysia, Katsuko Hayashi.

 

Sehingga kini, Honda Malaysia telah berjaya menjual 26,800 unit kenderaan hibrid di Malaysia.

 

Honda Jazz Sport Hybrid dengan kapasiti enjin 1.5L DOHC i-VTEC ini telah menerima 1,300 unit tempahan dalam hanya dua minggu selepas dilancarkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…