Honda Malaysia raikan pencapaian jualan ke-10,000 unit model CKD hibrid

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa model hibrid pemasangan tempatan (CKD) telah pun mencapai angka jualan yang ke-10,000 unit di Malaysia.

Pemilik bertuah, Saddam Hassan Abdul Salim telah diraikan bagi pencapaian tersebut bertempat di Macinda Auto Sdn. Bhd.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pada tahun 2014, Honda Malaysia telah menjadi perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid kepada pengguna tempatan menerusi model Civic Hybrid.

 

Selaras dengan saranan kerajaan untuk mempromosikan tenaga hijau dan penerimaan positif pasaran terhadap teknologi hibrid, Honda Malaysia kemudian menghasilkan Jazz Hybrid CKD yang pertama di Pegoh Plant di Alor Gajah, Melaka pada tahun 2012.

 

Sekali gus ini telah mencatat rekod sebagai pengeluar kenderaan bukan nasional pertama yang menghasilkan kenderaan hibrid di Malaysia. Selain itu, Malaysia adalah negara ketiga yang memasang model hibrid Honda selepas Jepun dan Amerika Syarikat.
 

 

Secara keseluruhan, angka jualan 10,000 unit itu, model Jazz Hybrid merekodkan jualan tertinggi dengan lebih 6,000 unit,  City Hybrid dengan lebih 3,400 unit dan HR-V Hybrid sebanyak 670 unit sehingga Jun 2019.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum berkata,“Tahun ini merupakan tahun ke-15 Honda memperkenalkan teknologi hibrid di Malaysia. Bermula dengan teknologi Integrated Motor Assist (IMA) sehinggalah Intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD), Honda terus memberikan fokus untuk menawarkan inovasi teknologi terkini ke pasaran Malaysia.

 


“Saya gembira melihat penerimaan positif pengguna di malaysia terhadap kenderaan hibrid Honda. Rangkaian model hibrid Honda mampu memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna yang pelbagai,” tambah beliau lagi.


 

 

Pemilik ke-10,000 Saddam Hassan pula berkata,"Ini adalah satu kejutan bagi saya dan merupakan penghormatan untuk menjadi pemilik Honda CKD 10,000 di Malaysia. Saya sangat teruja semasa sesi ujian pertama saya. Saya masih ingat ketika sesi pandu uji, saya telah nyatakan bahawa kereta ini amat sempurna dan sesuai untuk keluarga saya. Model City Hybrid ini praktikal, luas dan saya amat kagum dengan prestasi hibrid, penjimatan bahan api serta ciri keselamatan yang sangat baik. Secara keseluruhan, saya sangat gembira dengan kereta baharu saya dan perkhidmatan profesional yang diberikan.


 

Saddam dihadiahkan dengan Pakej Perlindungan (Protection Package) daripada Honda Malaysia. Pakej itu merangkumi Ultra Body Coating, Ultra Window Coating, Wheel Lock Nut dan pakej Modulo secara percuma.

 

Untuk maklumat lanjut tentang model dari Honda Malaysia, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau lawati laman sesawang www.honda.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…