Honda Malaysia serah Civic e:HEV RS kepada pemilik pertama di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini menganjurkan upacara penyerahan unit Honda Civic e:HEV RS kepada pemilik pertama bertempat di pengedar MH Prestige Auto Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam majlis tersebut, pemilik pertama Honda Civic e:HEV RS, Encik Chin Kok Fung turut menerima aksesori rasmi Honda bernilai RM4,000 sebagai tanda penghargaan daripada Honda Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, “kami amat teruja untuk melancarkan varian baharu Civic e:HEV RS. Ini merupakan kali pertama Honda Civic dilancarkan dengan trenkuasa e:HEV 2.0 liter.

“Ia pastinya satu langkah ke hadapan dalam usaha kami untuk menawarkan teknologi hibrid termaju kepada rakyat Malaysia. Sehingga kini, kami telah mengedarkan lebih 180 unit Civic e:HEV RS kepada rakyat Malaysia.
 

civic rs


Chin Kok Fung berkata, “saya merupakan peminat kereta yang berprestasi, dan apabila Honda memperkenalkan trenkuasa e:HEV 2.0L, saya amat kagum dengan teknologi dan prestasi yang ditawarkan.

“Saya tidak sabar untuk merasai keseronokan memiliki kereta dengan teknologi e:HEV dan menguji potensinya.

Honda Civic e:HEV RS yang baharu sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu menampilkan trenkuasa e:HEV 2.0L yang menggandingkan dua motor elektrik dan transmisi CVT elektrik (e-CVT), menghasilkan kuasa maksimum 184 PS dan 315 Nm.

Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri moden seperti skrin paparan meter digital TFT 10.2 inci, skrin Display Audio sembilan inci, sokongan Apple CarPlay tanpa wayar, slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, serta kunci berbentuk kad.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…