Honda Malaysia serah lebih 1,300 unit HR-V baharu dalam tempoh sebulan

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak dilancarkan secara rasmi pada bulan lalu, Honda Malaysia telah berjaya menyerahkan lebih 1,300 unit SUV Honda HR-V serba baharu di seluruh negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Serentak dengan itu, pihak Honda Malaysia turut mengadakan upacara penyerahan unit HR-V RS e:HEV kepada pemilik pertama di Malaysia, Cik Nurul Hafida bertempat di MJN Motors Sdn Bhd, Cheras baru-baru ini.

Sebagai tanda penghargaan, Honda Malaysia turut memberikan barangan Honda Authorized Accessories, Ultra Gralss Body Coating, dan Honda Official Merchandise bernilai RM5,700.
 

HR-V


Hadir pada majlis penyerahan tersebut, Nurul Hafida berkata, "saya telah membuat kajian terlebih dahulu sebelum pelancaran rasmi Honda HR-V di Malaysia. Rekaan luaran dan penampilan mencuri tumpuan saya dan ia menyebabkan saya membuat keputusan untuk menempah model ini.

"Saya amat terkejut apabila mengetahui saya merupakan pelanggan pertama yang akan menerima kereta tersebut. Apa yang membuatkan saya teruja adalah kejutan tambahan daripada pihak Honda Malaysia!"
 

HR-V


Menurut pemilik MJN Motors Sdn Bhd, Wan Hazmi bin Dato' Wan Mustafa berkata, "permintaan terhadap Honda HR-V serba baharu adalah tinggi, dan kami amat berbesar hati untuk menjadi pengedar yang menyerahkan unit pertama HR-V kepada pelanggan kami.

Spesifikasi lanjut Honda HR-V boleh dibaca menerusi pautan di bawah:

Baca: Honda HR-V 2022

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…