Honda Malaysia umum kempen panggil semula - 1,527 unit BR-V, City, City Hatchback, HR-V terjejas!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen panggil semula produk melibatkan model-model City (model tahun 2021), City Hatchback (2022), HR-V (2020) dan BR-V (2021).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang dilaksanakan untuk memeriksa:

1. tork nat pada komponen Penjana Arus Ulang-alik (ACG)

Melibatkan 1,068 unit City 2021 dan City Hatchback 2022, ia bertujuan untuk memeriksa tahap pengetatan nat terminal ACG pada abah-abah enjin.

Nat yang longgar mampu mengakibatkan tahap sentuhan terminal yang lemah dan bateri yang tidak berfungsi, di mana ia mampu menyebabkan enjin terhenti semasa pemanduan atau sukar untuk dihidupkan kembali selepas kereta berhenti.

2. bolt pembumian

Melibatkan 343 unit HR-V 2020 dan 116 unit BR-V tahun 2021, kempen ini akan memeriksa komponen bolt pada sistem pembumian yang boleh mengakibatkan abah-abah pendawaian longgar.

Ia mampu menyebabkan tahap sentuhan terminal yang lemah, dan mengakibatkan enjin terhenti sewaktu pemanduan atau sukar untuk dihidupkan kembali selepas kereta berhenti.
 

City


Kesemua pemilik model yang terjejas akan dihubungi menerusi surat pemberitahuan, dan mana-mana pemilik boleh terus menghubungi pusat pengedar sah Honda untuk membuat temujanji selepas menerima surat tersebut.

Proses pemeriksaan, pembaikan dan penukaran komponen yang terjejas, serta kos berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Honda Malaysia.

Honda Malaysia turut memberikan jaminan kempen panggil semula ini tidak melibatkan model pengeluaran dan jualan semasa.

Sehingga hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan berkaitan dengan isu ini.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Global
Menurut laporan, masalah ini berpunca daripada komponen pendesak pam bahan api yang tidak dibentuk…
Berita Global
Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan…