Honda N-BOX facelift dilancar di Jepun, comel macam biasa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda N-Box 2020
Honda N-Box 2020
Sejak sekian lama pengguna di negara kita berpeluang untuk mendapatkan model-model dosmetik Jepun melalui pengimport bebas.

Di antaranya ialah Mitsubishi Lancer Evolution, Subaru Impreza dan pelbagai lagi model hebat.

Peluang tersebut bukan hanya untuk model berprestasi atau sebesar Toyota Vellfire dan Alphard tetapi juga model kei-car seperti Honda N-BOX.

Agak istimewa sebenarnya kerana kei-car memang banyak di pasaran Jepun dan N-Box menjadi pilihan pengimport untuk dibawa masuk.

Mungkin disebabkan N-BOX adalah model kei-car popular di Jepun. Jualan kumulatif siri N-BOX telah mencecah 1.8 juta unit dan kei-car terlaris untuk tahun kelima berturut-turut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

N-BOX generasi kedua dilancarkan pada tahun 2017 di Jepun dan setelah beberapa tahun di pasaran kini tiba giliran model dipertingkatkan (facelift) diperkenalkan.

Sama seperti sebelumnya, model facelift kekal comel dan perubahan yang dibuat tidak besar.

 

Honda N-Box 2020

 

Berikut ialah ciri-ciri Honda N-BOX facelift:

Luaran dan dalaman

  • Ringkas dengan gril dan bar melintang pada bahagian bampar bawah (N-BOX L dan N-BOX EX).
  • Warna dua tona dengan bumbung warna coklat gelap (N-BOX L).
  • Bahagian dalam warna coklat gelap.

N-BOX Custom

  • Gril baharu.
  • Kedudukan nombor pendaftaran depan dialihkan ke tengah.
  • Bar melintang pada bampar belakang.
  • Warna baharu premium crystal red metallic.
  • Warna hitam pada bahagian dalam diolah semula untuk lebih elegan.
  • Kerusi balutan kulit sintetik - pertama untuk kei-car Honda.

Honda SENSING

  • Tambahan sensor sonar untuk fungsi tersalah tekan pedal minyak ketika mengundur.
  • Sistem sensor parkir yang mengesan apabila kereta menghampiri objek di belakang dan memberi amaran kepada pemandu.
Honda N-Box 2020

Dari segi rangkaian kuasa, N-BOX kekal dengan dua pilihan enjin iaitu 660cc aspirasi normal dan turbo yang dipadan bersama transmisi CVT dan dua pilihan pacuan depan dan 4WD.

Untuk harga, varian asas N-BOX G FF dijual pada 1,428,900 yen (RM55,820) dan 2,233,000 yen (RM87,232) bagi varian paling premium N-BOX L Turbo 4WD.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Honda

Honda N-Box 2020

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari 2011 hingga 2023, jualan melebihi 2.5 juta unit!   Buktinya, jualan siri N-BOX (N-BOX, N-…
Berita Global
  Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE Sejak generasi sebelum ini dan kepada yang berhajat, terdapat…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…