Honda Odyssey 2021 - muka baharu, ciri standard Honda SENSING

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelima MPV Honda Odyssey telah pun menerima kemaskini pertengahan kitaran dan dijangka pelancaran rasminya pada acara New York Auto Show, April nanti.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Jika dibandingkan dengan model sedia ada, Honda Odyssey 2021 menerima beberapa perubahan seperti lampu utama LED yang dilengkapi ciri lampu nyalaan siang yang lebih tirus, dengan rekaan gril yang lebih kecil dan hiasan krom melintangi muka hadapan baharu Odyssey ini.

Bumper hadapan juga turut menampilkan bukaan liang udara ditengah, dan set lampu kabus yang tersusun di penghujung bahagian tersebut. 

Seperti penawaran model-model Honda terkini, ciri bantuan pemanduan Honda SENSING kini ditawarkan sebagai satu ciri standard dengan penambahbaikan dibuat terhadap sistem pelayaran adaptif yang kini dilengkapkan dengan keupayaan mengikut kelajuan rendah dan brek kecemasan terhadap pejalan kaki. 

Selain daripada itu, sistem penggera tempat duduk baris belakang akan membuat kemunculan pada Odyssey 2021, yang dibantu dengan sistem kamera CabinWatch membolehkan ibu bapa mengawasi kehadiran kanak-kanak sebelum meninggalkan kenderaan. 

 


Sementara itu, ruang dalaman Honda Odyssey menerima ciri seperti kawalan iklim, serta tempat duduk baris kedua yang kini mudah untuk dilipat rata memudahkan urusan keluar masuk. 

Untuk trim yang lebih premium, pembeli akan menerima tempat duduk yang direka semula beserta jahitan kontras dan ciri sokongan tulang belakang. 

Untuk trim Touring dan Elite akan menerima kemasan hitam piano pada papan pemuka dan panel pintu, manakala varian EX pula akan dilengkapkan dengan alas lantai tiga warna serta slot USB beriluminasi. 

Tiada sebarang perubahan dilakukan terhadap trenkuasa dan masih kekal dengan enjin bentangan V6 3.5 liter (280 kuasa kuda) yang digandingkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Honda memperkenalkan Odyssey model tahun (MY) 2025 untuk pasaran Amerika Syarikat (AS…
Berita Global
Sebagai sebuah model e:HEV, Odyssey dibekalkan enjin 2.0 liter i-VTEC dengan dua motor hibrid dan…
Berita Global
Penawaran tersebut merangkumi jeriji hadapan krom hitam dan hitam Berlina yang menjadikan…