Honda Odyssey 2025 diperkenal di AS, kelengkapan dipertingkat, ubah depan dan belakang

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Odyssey 2025 Amerika Syarikat
Honda Odyssey 2025 Amerika Syarikat
Berdasarkan mudahnya menemui kenderaan pelbagai guna (MPV) sama ada saiz sederhana atau besar, satu kesimpulan boleh dibuat.

Keperluan dan kehendak pengguna tempatan cenderung kepada MPV berbanding kenderaan lain dengan tujuh tempat duduk.

Bagaimana hebat sekalipun kenderaan lain, MPV tetap istimewa dengan lantai yang rendah dan mudah untuk dijangkau penumpang kecil atau warga emas.

Kedudukan lantai yang rendah juga mudah untuk memuatkan bagasi tanpa perlu mengangkat tinggi atau menyorong basikal.
Honda Odyssey 2025

 

Terbaru Honda memperkenalkan Odyssey model tahun (MY) 2025 untuk pasaran Amerika Syarikat (AS). 

Masih lagi dalam generasi kelima sejak dikeluarkan pada 2017, Honda menambah baik kelengkapan selain perubahan pada bahagian luar.

Untuk makluman, Odyssey bersaing dengan Kia Carnival dan bukan MPV seperti Toyota Alphard dan Vellfire.

Terma yang digunakan ialah minivan di mana pengguna di AS mempunyai van yang lebih besar dan Odyssey lebih kecil daripadanya.

 

 Honda Odyssey 2025

 

Untuk pasaran tempatan, perbandingan yang sesuai ialah di antara Nissan Serena, Odyssey, Proton Exora dan Alphard atau Vellfire.

Odyssey 2025 diubah dengan menggunakan jeriji baharu bentuk trapezoid dan jeriji bawah yang lebih lebar. 

Bahagian tengah bampar mempunyai bukaan dan secara keseluruhannya nampak seperti van keluarga yang garang.

Turut diperbaharui rekaam rim dengan Odyssey Elite menggunakan rim aloi 19 inci kilatan mesin.

 

Honda Odyssey 2025

 

Bahagian belakang juga berbeza dengan bampar yang lebih bersegi dan nampak lebar. Lampu depan bentuk pengokot dikekalkan

Satu yang menarik ialah lampu pemantul belakang sama seperti Acura NSX generasi kedua yang kini sudah tamat pengeluaran.

Untuk warna badan, Honda menawarkan dua pilihan baharu iaitu Solar Silver Metallic dan Smoke Blue Pearl.

Pada bahagian dalam, skrin pemandu digital tujuh inci baharu dijadikan kelengkapan asas dengan takometer digital di kiri dan meter kelajuan fizikal di kanan.

 

 Honda Odyssey 2025

 

Paparan itu juga mengandungi fungsi tetapan pengguna seperti Honda Sensing®, maklumat kenderaan dan pelbagai lagi.

Semua varian Odyssey dilengkapi pengecas tanpa wayar, slot USB-C, skrin tengah sembilan inci dan pemproses lebih laju untuk prestasi tanpa lengahan.

Skrin Sistem Maklumat Hibur Belakang juga lebih besar berukuran 12.8 inci jenis resolusi tinggi.

Plag HDMI diubah ke dalam konsol dan turut mempunyai ruang khas untuk peranti penstriman.

 

Honda Odyssey 2025

 

Varian Honda Odyssey 2025

Odyssey EX-L

  • Balutan kulit
  • Skrin 7 dan 9 inci
  • Pengecas telefon tanpa wayar
  • Bumbung kaca satu sentuhan kuasa
  • Kerusi depan berkuasa dengan pemanas
  • Kerusi baris kedua Magic Slide™ yang boleh dibaring hampir rata ke bawah
  • Peringatan Kerusi Belakang
  • Pintu but berkuasa

Odyssey Sport-L

  • Lampu belakang gelap
  • Rim 19 inci warna Berlina Black
  • Kelengkapan luar warna hitam kilat
  • Balutan kulit hitam dengan sulaman merah
  • Balutan tiang dan pelapik bumbung hitam
  • Nyalaan dalaman warna merah
  • Dua slot USB-C pada baris ketiga

Odyssey Touring

  • Satellite-Linked Navigation System™
  • Sistem pemantauan kanak-kanak CabinWatch®
  • Sistem Maklumat Hibur Belakang dengan skrin 12.8 inci
  • Tambahan slot USB-C untuk penumpang baris ketiga
  • Peneduh baris ketiga
  • Penderia parkir depan dan belakang

Odyssey Elite

  • Kerusi balutan kulit dua tona
  • Kerusi depan dengan fungsi pengudaraan
  • Stereng dengan pemanas
  • Sistem audio premium
  • Pengelap cermin dengan penderia
  • Pintu but belakang bebas tangan
  • Cermin sisi malap automatik
Honda Odyssey 2025

 

Kesemua Odyssey digerakkan enjin 3.5 liter V6 yang menghasilkan 280 kuasa kuda (hp) dan 355Nm.

Enjin dipadan bersama kotak gear automatik sepuluh kelajuan dengan pedal tukaran gear pada stereng.

Harga bermula dari AS$ (RM202,500) untuk varian asas EX-L sehingga AS$52,275 (RM244,373) bagi varian teratas Elite.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Odyssey 2025

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat dua jenis isu berasingan melibatkan komponen pam bahan api yang dikesan: Pertama, pam…
Berita Global
Sebagai sebuah model e:HEV, Odyssey dibekalkan enjin 2.0 liter i-VTEC dengan dua motor hibrid dan…
Berita Global
Penawaran tersebut merangkumi jeriji hadapan krom hitam dan hitam Berlina yang menjadikan…