Honda Odyssey JDM 2020 dengan kit Honda Access

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Odyssey Absolute Honda Access
Honda Odyssey Absolute Honda Access
Honda Odyssey di antara beberapa buah MPV saiz besar di pasaran tempatan yang anda boleh miliki dengan status 'koyak plastik' kerana ia dijual secara rasmi.

Tidak dilupakan khidmat penyelenggaraan rasmi dan jaminan oleh Honda sendiri.

Odyssey generasi kelima berada di pasaran sejak tahun 2013 dan dilancarkan di negara kita pada tahun yang sama.

Lama di pasaran, Honda memperkenalkan versi facelift kedua di Jepun pada November 2020.

Berbanding model facelift pertama pada tahun 2018, versi terbaru ini tampil dengan perubahan besar seperti bahagian depan dan papan pemuka baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Odyssey Absolute Honda Access

 

Apabila bercakap mengenai Honda, tidak sah jika dilancarkan kosong tanpa aksesori dan Odyssey 2020 juga mempunyai kit khas dari Honda Access.

Sekali pandang mungkin nampak sama tetapi bahagian depan mempunyai reka bentuk yang sangat berbeza.

Perbezaan ketara ialah corak gril bentuk sarang lebah berbanding palang krom melintang pada Odyssey biasa.

Jika Odyssey 2020 nampak mewah, gril Honda Access pula menyerlahkan imej sporti.

Selain gril baharu, bahagian depan turut boleh dipadan bersama sayap Honda berwarna hitam Berlina yang menyerlahkan lagi karakter sporti Odyssey.

 

Honda Odyssey Honda Access

 

Lagi kit aksesori Honda ialah garnish pada cermin sisi, pelindung pembuka pintu dan spoiler belakang dengan riasan krom.

Pada bahagian dalam ada ciri menarik apabila pengecas USB boleh dipasang pada tiga lokasi mengikut pilihan pelanggan. 

Slot itu boleh dipasang di dalam laci bahagian atas papan pemuka, bahagian bawah papan pemuka dan perehat lengan barisan ketiga.

Pencahayaan kabin boleh dipilih dalam warna putih sebagai tambahan kepada nyalaan biru sebelum ini.

Komponen lain ialah pelapik ambang pintu dengan nyalaan LED dan lampu ruang kaki.

 

Honda Odyssey 2020 tanpa kit Honda Access
Honda Odyssey 2020 tanpa kit Honda Access

 

Untuk pemanduan, pembeli ditawarkan set Premium Internavi dengan skrin 10 inci dan sepadan untuk diguna bersama sistem kamera pelbagai pandangan dan sensor parkir.

Khas buat penumpang belakang, Honda menawarkan skrin LCD HD penuh dengan ukuran 11.6 inci.

Honda turut menawarkan set pembesar suara gred tinggi dan perakam video untuk bahagian depan dan belakang.

Honda Odyssey 2020 pasaran Jepun digerakkan enjin 2.0L DOHC i-VTEC dengan dua motor hibrid dan dipadan bersama transmisi CVT elektronik.

Pelanggan turut ditawarkan versi 2.4L DOHC i-VTEC dengan transmisi CVT.

Di sana Honda Odyssey dijual dari 3,495,000 yen (RM136,121) dan 4,580,000 (RM178,378) bagi varian hibrid paling premium.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Odyssey Honda Access