Honda PCX 125 dan 150 Jepun ada warna matte, dari RM13.3k

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda PCX 150 ABS
Honda PCX 150 ABS
Apabila bercakap mengenai pasaran automotif Jepun yang meriah dengan kereta mini (kei-car), tertanya juga bagaimana suasana motosikal di sana? Adakah meriah dengan pelbagai segmen dan model?

Ini sesuatu menarik untuk diperhatikan memandangkan syarikat Jepun adalah pengeluar motosikal terbesar dunia.

Berita dari Jepun serba-sedikit menceritakan perkembangan di sana dan terbaru Honda menawarkan skuter PCX 125 dan 150 dalam warna kusam (matte) biru dan hitam.

Membuatkan tawaran itu istimewa ialah apabila ditawarkan dalam tempoh terhad dari 14 Februari hingga 31 Mei 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda PCX 150 ABS
Honda PCX 150 ABS

 

PCX menggunakan enjin global JF81E (124cc) dan KF30E0 (149cc) yang masing-masing mempunyai kuasa 12 PS dan 15 PS pada 8,500 rpm. Daya kilas pula 12 Nm pada 5,000 rpm dan 15 Nm pada 6,500 rpm.

Enjin Enhanced Smart Power (eSP) itu antara lain menggunakan teknologi penghidup ACG yang menjana AC yang sama untuk menghasilkan elektrik dan mengecas bateri sambil dipandu. 

Hasilnya PCX tidak memerlukan motor penghidup konvensional dan tiada bunyi 'gear bergesel' seperti biasa. Turut digunakan ialah sistem suntikan minyak Programmed Fuel Injection (PGM-FI) yang lebih cekap berfungsi.

 

Honda PCX
Honda PCX

 

Untuk kadar penggunaan minyak, dengan dua penunggang PCX 125 boleh bergerak sehingga 54.6 km dan PCX 150 pula 52.9 km untuk seliter petrol. Setangki penuh boleh diisi dengan lapan liter petrol.

Dari segi berat, PCX 125 hanya berkurang satu kilogram berbanding PCX 150 pada 131 kilogram. 

Honda merancang untuk menjual 3,000 unit PCX dan 1,200 unit PCX150/150 ABS sebulan dan berikut ialah harga skuter edisi istimewa itu di Jepun:

Honda PCX Matte Ion Blue Metallic dan Mate Galaxy Black Metallic

  • PCX 125 - JPY352,000 (RM13,322)
  • PCX 150 - JPY383,900 (RM14,529)
  • PCX 150 ABS - JPY405,900 (RM15,361)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Honda PCX 150 ABS
Honda PCX 150 ABS
Honda PCX 150 ABS
Honda PCX 150 ABS
Honda PCX
Honda PCX

Berita Berkenaan

Berita Global
  Rupa-rupanya PCX125 telah mula ditawarkan di Eropah sejak tahun 2010 lagi dan mendapat sambutan…