Honda PCX125 2021 - casis dipertingkat, ciri Honda Selectable Torque Control standard!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi model skuter yang berjaya mencatatkan jualan sebanyak 140,000 unit di Eropah, Honda PCX125 juga turut mendapat versi kemaskini bagi model tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara ciri unik yang didatangkan adalah sistem pencahayaan lampu utama LED yang telah direka semula yang dipadankan dengan lampu belakang berbentuk X, serta garis badan yang kini lebih menonjolkan karakteristik yang lebih berani.

Menurut Honda, casis rangka keluli Honda PCX125 serba baharu ini direka untuk ketahanan penggunaan urban tanpa mengorbankan pengendalian yang mudah dikawal.

 


Sistem suspensi pula adalah jenis fork hadapan 31 mm dengan jarak pergerakan 89 mm, sementara penyerap hentak tunggal belakang pula menawarkan jarak tambahan pergerakan 10 mm (95 mm).

Disebabkan rekaan casis yang dinaiktaraf, saiz roda juga turut bertambah, iaitu 110/70-14 hadapan, sementara roda belakang menerima saiz rim sedikit kecil, iaitu 13 inci dibaluti tayar 120/70.

 


Kuasa pemberhentian dibekalkan oleh sistem brek dengan angkup omboh berkembar dan cakera 220 mm hadapan, dipadankan dengan brek dram 130 mm dan dibantu dengan ABS saluran tunggal untuk roda hadapan.

Disebalik badan skuter itu tersembunyi ruang storan yang turut bertambah dimensinya kepada 30.4 liter, penambahan slot pengecasan USB C di dalam ruang glovebox bagi menggantikan slot ACC, serta rekaan penambahan ruang kaki sebanyak 30 mm.

Ketinggian tempat duduk pula kekal pada angka 764 mm.

 


Penambahan ciri Smart Key juga merupakan antara ciri baharu yang didatangkan pada PCX125, di mana ia juga boleh diintegrasikan dengan top box Smart 35 liter yang didatangkan secara opsyen dari kilang.

Skrin paparan lebar LCD menempatkan informasi penting seperti odometer, tangki bahan api, penggunaan bahan api, serta indikasi Idling Stop.

Skuter Honda PCX125 2021 mendapat nadi baharu enhanced Smart Power Plus (eSP+) bersesaran 125 cc yang mampu menghasilkan 12.3 hp dan 11.8 Nm.

 


Dengan tangki bahan api berkapasiti 8.1 liter, Honda PCX125 mampu bergerak sejauh 385 km sebelum menziarahi stesen minyak berikutnya.

Teknologi keselamatan yang didatangkan adalah Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang beroperasi untuk mengawal kadar cengkaman roda belakang serta mengurangkan kesan wheelspin, dimana sistem ini juga boleh dimatikan mengikut kehendak penunggang.