Kuasa maksimum yang dihasilkan ialah 214 hp pada 14,500 rpm dan tork 113Nm pada 12,500 rpm dengan berat hanya 201 kg.
CBR1000RR-R turut ditawarkan dalam varian SP. Model itu dilengkapi Öhlins Electronic Control separa aktif generasi kedua (2.0) dengan fork NPX 43mm dan penyerap hentak belakang Öhlins TTX36 Smart-EC.
Sistem modul Öhlins EC 2.0 yang mengawal suspensi elektronik juga boleh ditemui di dalam Yamaha YZF-R1M dan Ducati Panigale V4 S.
Brek depan dibekalkan Brembo Stylema empat omboh dan angkup brek belakang Brembo yang sama seperti RC213V-S.
Lengan ayun pula 1.2 inci lebih panjang dari model terdahulu bagi meningkatkan kestabilan.
Kedua-dua varian menggunakan IMU enam paksi (axis) Bosch baharu menggantikan unit lima paksi pada model terdahulu.
IMU baharu itu berupaya memberikan kiraan yang begitu jitu dalam mengukur yaw, pitch dan roll untuk pengendalian dan prestasi yang lebih baik.
Honda juga mahu menyamakan komponen dan kedua-dua CRB1000RR-R Fireblade dan CBR1000RR-R Fireblade SP dilengkapi set ekzos 4-2-1 dengan end can Akrapovic ringan diperbuat dari titanium.
Kedua-dua model turut ditawarkan dalam dua skema warna iaitu Grand Prix Red yang diinspirasi dari HRC dan Matte Pearl Black.
Penulis: Muhammad Md Tajudin