Honda perkenal HondaJet Elite II, siap dengan Black Edition!

oleh Muhammad Md Tajudin|
HondaJet Elite II (Black Edition)
HondaJet Elite II (Black Edition)
Aktiviti perniagaan Honda bukan sahaja di darat dan air malah merangkumi kenderaan di udara.

Terbaru Honda Aircraft Company memperkenalkan HondaJet Elite II yang merupakan pesawat terlaju dan terjauh dan terbang paling tinggi di dalam kelasnya.

HondaJet Elite II boleh terbang sehingga 1,547 batu nautika yang bermakna lebih banyak destinasi boleh dituju. 

Pada masa yang sama HondaJet Elite II kekal sebagai pesawat paling cekap bahan api di dalam kelasnya.

Honda Aircraft Company juga merancang untuk memperkenalkan Autothrottle dan Emergency Autoland menjelang penghujung 2023.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
Hondajet Elite S 2021
Hondajet Elite S 2021

 

Pengenalan itu adalah sebahagian daripada program automasi pesawat, meningkatkan keselamatan pengoperasian dan mengurangkan beban kerja juruterbang.

Pada bahagian dalam, kabin HondaJet Elite II direka baharu dan pengenalan dua pilihan rekaan iaitu Onyx dan Steel dengan bahan dan warna permukaan baharu.

Pada bahagian luar dan seperti kereta, Honda Aircraft Company memperkenalkan skema warna Black Edition yang membawakan imej elegan dan anggun.

Prestasi

  • Jarak penerbangan 1,547 batu nautika
  • Peningkatan kapasiti bahan api, penambahan ruang untuk membawa lebih banyak bahan api
  • Peningkatan berat kasar, berat kasar berlepas 11,000 paun (5034 kg)
  • Ground spoiler baharu untuk mengoptimumkan pelepasan dan mendarat dengan penambahan berat

Teknologi Avionik

  • Sistem Garmin G3000 dan pengenalan beberapa ciri untuk membolehlan lebih banyak fungsi automasi dan augmentasi
  • Meningkatkan keselamatan operasi dan mengurangkan beban kerja juruterbang
Hondajet Elite S 2021
Hondajet Elite S 2021

 

Stabilized Approach

  • Membantu juruterbang melalui peringatan bunyi (aural) dan visual bagi mengekalkan kestabilan pesawat 

Autothrottle

  • Mengurangkan beban kerja juruterbang melalui automasi pengurusan kuasa berdasarkan karakteristik penerbangan dalam kesemua fasa penerbangan
  • Prestasi pesawat yang lebih jitu dan cekap

Emergency Autoland

  • Sistem Garmin Autoland diaktifkan dalam situasi kecemasan dan membuat kawalan secara autonomi dan mendaratkan pesawat tanpa intervensi manusia

Pilihan Rekaan Baharu

  • Black Edition
  • Skema warna luaran Black Sable
  • Rekaan Skema Korporat baharu
Hondajet Elite S 2021 02
Hondajet Elite S 2021

 

Rekaan Dalaman

  • Onyx untuk warna lembut dengan kemasan kayu
  • Steel dengan warna kelabu lembut dan kemasan marmar
  • Pilihan lantai laluan dengan corak papan dan kayu keras herringbone
  • Peningkatan akustik dari hujung ke hujung untuk suasana kabin lebih senyap
  • Pilihan pelapik kulit biri-biri untuk kerusi juruterbang
  • Pilihan tambahan ruang kaki sebanyak tiga inci untuk kerusi kru penerbangan dengan trek yang dipanjangkang
  • Lampu LED pelbagai warna dengan tetapan malam indigo (biru) lembut
  • Nyalaan bawah (ground) pada pintu masuk utama
  • Lampu luar berintegrasi

HondaJet Elite II diterbangkan oleh enjin GE Honda Aero HF120. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi syarikat Honda Aircraft Company, Honda baru-baru ini mengumumkan pengedaran pesawat…
Berita Global
HondaJet Elite II dikuasakan oleh sepasang enjin GE Honda HF120, setiap satu mampu menjana kuasa…