Honda perkenal N7X Concept - pengganti Honda BR-V yang lebih moden!

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kalinya, Honda Indonesia telah memperlihatkan secara rasmi model konsep tujuh tempat duduk yang dinamakan sebagai N7X atau New 7-Seater eXcitement.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model ini dibangunkan oleh Honda R&D Asia Pasific berdasarkan kajian terhadap pelanggan daripada pelbagai negara, termasuklah di Indonesia.

 


Seperti Honda BR-V, Honda N7X Concept ini menggandingkan elemen sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) di dalam sebuah pakej yang lebih moden dan sesuai untuk digunakan dalam apa jua keadaan jalan.

Dari segi luaran, N7X Concept menampilkan dimensi badan yang ramping, diserikan dengan garis badan yang tajam, dan dibantu dengan saiz rim yang dilihat agak besar.

Unit lampu utama dilihat membawakan elemen daripada Honda Civic generasi baharu, sementara gril hadapan pula tampak lebih gagah berbanding generasi terdahulu.

 


Sementara bahagian belakang N7X ini membawakan elemen rekaan grafik daripada lampu Honda City yang jauh lebih moden dan menyenangkan mata.

Tiada sebarang imej dalaman diperlihatkan buat masa ini, namun menurut Takehiro Watanabe, Presiden PT Honda Prospect Motor berkata, "N7X merupakan sebuah konsep tujuh tempat duduk yang bukan sahaja menawarkan prestasi yang baik, malah ia juga turut menawarkan keselesaan tersendiri yang lebih premium.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda BR-V yang sebelum ini diperlihatkan menerusi model N7X Concept pada tahun lalu dilihat…
Berita Global
Honda N7X Concept (New 7-seater eXcitement) yang dibangunkan oleh Honda R&D Asia Pasifik itu…
Berita Global
Tiada sebarang berita berhubung tarikh pelancaran sebenar generasi kedua Honda BR-V itu, namun…