Honda perlihat dua jentera lumba e-Drag dan K-Climb yang comel!

oleh Mohamad Hanif|
Comel di luar, tapi usah tertipu dengan penampilan yang serba comel itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana Honda telah memperlihatkan secara rasmi dua buah model jentera lumba yang bakal bertempur di dalam disiplin perlumbaan yang berbeza, iaitu perlumbaan drag dan Hill Climb.

Honda e yang anda lihat ini dikenali sebagai e-Drag dengan modifikasi yang dikhususkan untuk perlumbaan drag dan menggunakan asas daripada varian Advance yang lebih berkuasa.

 


Fokus Honda tertumpu kepada pengurangan berat badan, jadi Honda e-Drag ini menampilkan panel badan yang diperbuat daripada gentian karbon, serta panel hadapan yang serba ringan menggabungkan bampar, fender dan hud dalam satu komponen.

Selain daripada itu, segala isi ruang kabin telah dibuang seperti contoh tempat duduk belakang, dan tempat duduk hadapan pula digantikan dengan kerusi jenis bucket Kirkey yang diperbuat daripada aluminium.

Kaca tingkap konvensional turut digantikan dengan penggunaan tingkap kekal jenis akrilik.

 


Untuk memastikan kuasa disalurkan dengan baik ke jalan raya, Honda e-Drag dilengkapi tayar slick penuh yang membaluti rim 17 inci yang diperoleh daripada model original Honda NSX, sistem gantungan daripada abang besarnya Honda Civic, serta aspek pembahagian berat depan dan belakang yang telah dioptimasikan.

Keselamatan pemandu dijamin dengan pemasangan bar olengan enam poin serta sistem harness empat poin yang memenuhi regulasi dan peraturan keselamatan sukan drag Jepun.

 


Sebuah lagi kereta comel yang diperkenalkan adalah K-Climb yang menampilkan modifikasi ke arah perlumbaan pendakian bukit (hill climb).

Senjata utama untuk disiplin perlumbaan ini adalah kenderaan yang ringan dan tangkas, jadi ia menampilkan badan daripada gentian karbon yang telah dimodifikasi untuk mencapai kadar aerodinamik yang lebih baik.

 


Pengendalian di selekoh dibantu dengan penggunaan peredam boleh laras, tayar Yokohama Advan Fleva serta jarak trek yang lebih lebar, sementara aspek keselamatan pula disumbangkan oleh pemasangan bar olengan enam poin.

Sayang sekali, kedua-dua unit kerete comel ini merupakan konsep one-off sahaja dan tidak disasarkan untuk produksi massa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun sebuah EV, ia merupakan sebuah hatchback dengan pacuan roda belakang dan memiliki sistem…