Honda perlihat imej acah hatchback Jazz/Fit 2020

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Yaris yang baharu sahaja memasuki generasi keempatnya baru-baru ini, hatchback bandar daripada Honda, iaitu Jazz/Fit juga bakal memperkenalkan generasi keempatnya pada Tokyo Motor Show 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bersempena dengan itu, Honda telah menerbitkan sebuah gambar acah yang memaparkan bahagian profil sisi hatchback segmen B itu. 

Jika dilihat sekali imbas, ia membawakan sisi yang lebih kurang sama seperti model generasi ketiga, namun dengan beberapa pembaharuan seperti rekaan berkelok, tingkap suku hadapan yang lebih besar, serta tiang A yang lebih tirus. 

Dari segi penawaran kuasa, Jazz bakal menampilkan sistem hibrid dengan dua motor elektrik yang memberikan keseimbangan antara kuasa dan juga penjimatan bahan api. 

Berkemungkinan besar ia bakal membawakan sistem yang serupa daripada model Insight yang mampu menjana 151 kuasa kuda, 267 Nm daya kilas serta padanan transmisi CVT elektronik (eCVT).

Berikut merupakan beberapa pautan berkaitan Honda Jazz/Fit 2020:

Maklumat berkenaan Honda Jazz 2020

Honda Jazz Type R 2020

Honda Jazz 2020 - varian 1.0 liter turbo

Honda Jazz Crossover 2020
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…