Honda perlihat lakaran pertama Prologue - SUV elektrik hasil kerjasama dengan General Motors

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Honda bekerjasama dengan General Motors untuk menghasilkan barisan kenderaan elektrik, dan Honda kini memperlihatkan lakaran pertama SUV Prologue yang bakal muncul di pasaran pada tahun 2024.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Honda menyifatkan rekaan Prologue sebagai 'neo-rugged', namun berdasarkan imej yang dibekalkan, boleh dikatakan rekaan Prologue adalah jauh lebih matang dan menyamai bahasa rekaan yang dibawakan pada model-model Honda masa kini.

Dari rupa hadapan, Prologue membawakan unit lampu yang lebar mengapit rekaan gril yang tertutup, diikuti dengan rekaan bampar yang sedikit agresif dan perumah lampu kabus menegak.

Bahagian profil sisi SUV ini menampilkan rekaan arka roda bulat dengan pemasangan cladding plastik hitam, slot pengecasan pada fender kiri hadapan, sementara cermin sisi dan pemegang pintu dilayangkan warna hitam.
 

Prologue


Tiada sebarang info berkenaan trenkuasa yang bakal digunakan, namun Honda mengesahkan Prologue akan menggunakan platform Ultium dan pek bateri daripada General Motors.

Selain daripada Prologue, Honda akan turut melancarkan barisan EV yang dibangunkan daripada platform e:Architecture bermula pada tahun 2026.

Kemudian, Honda akan melancarkan beberapa buah EV yang dibangunkan  bersama GM yang akan muncul pada tahun 2027.
 

EV


Serentak dengan itu, Honda juga turut memperlihatkan konsep bilik pameran yang lebih malar segar sesuai dengan pelancaran siri model EV kelak.

Menjelang tahun 2030, setiap bilik pameran Honda bakal mempunyai fasiliti pengecasan yang tersendiri bergantung kepada prestasi jualan EV.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan pasaran tempatan sahaja dikemudiankan, Eropah pun sama dan Honda baru sahaja…
Berita Global
  Menggerakkan ADV350 adalah enjin 330 cc yang menghasilkan 29 ps pada 7,500 rpm dan 31.5Nm pada…
Uncategorized
  Pemampat elektrik berfungsi bagi mengawal mampatan ambilan udara tanpa mengira putaran (rpm)…