Honda rancang model EV kedua selepas e untuk pasaran Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran model kereta elektrik retro Honda e, pengeluar dari Jepun itu merancang untuk melancarkan model EV kedua untuk pasaran Eropah menjelang 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

EV kedua itu bakal menjadi salah sebuah daripada empat model baharu yang bakal diperkenalkan dalam tempoh 2021 dan 2022, menurut bos Honda Eropah, Tom Gardner tanpa memberitahu perincian selanjutnya. 

Fasa penghantaran Honda e dijadualkan berlangsung pada musim panas ini dengan sasaran sebanyak 10,000 unit terjual setahun di Eropah.
 


Honda e didatangkan dengan motor elektrik dengan bateri berkapasiti 35.5 kWh yang memberikan jarak operasi sejauh 222 kilometer mengikut data kitaran WLTP.

Manakala model lain bakal menerima varian hibrid penuh termasuklah Civic, HR-V serta model baharu Hazz yang bakal menyerang pasaran tersebut, juga pada musim panas nanti. 
 


Ketika pelancaran rasmi Jazz generasi baharu, Honda turut memperlihatkan penggunaan jenama baharu hibrid yang dikenali dengan e:HEV, di mana ia menggunakan nadi 1.5 liter petrol yang digandingkan dengan motor elektrik berkembar dan bateri lithium ion. 

Dengan penggunaan motor elektrik itu tadi, ia mampu menghasilkan daya kilas 253 Nm yang membantu ketika fasa pecutan, dan memberikan pulangan bacaan bahan api serendah 4.5 liter untuk setiap 100 km.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Honda turut memaparkan satu mesej pada laman web di Jepun yang menyebut, "…
Berita Global
Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh…
Berita Global
Sayang sekali, tidak banyak perubahan teknikal dibawakan pada model edisi terhad ini, melainkan…