Honda Rebel 2020 - bermula dari RM32,899

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Boon Siew Honda membawakan sebuah model motosikal baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Honda Rebel 2020 versi facelift.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Motosikal cruiser ini pertama kali mendarat di Malaysia pada tahun 2017 membawakan penampilan gaya bobber yang klasik dan kontemporari.

 


Dari segi kuasa, ia hadir dengan enjin 471 cc parallel twin sejukan cecair yang diambil daripada model yang lebih sporti CBR500R, berupaya menghasilkan 46 kuasa kuda dan 43.3 Nm daya kilas yang masuk pada putaran enjin 6,000 rpm.

Aspek tunggangan turut diberikan penumpuan dengan ciri klac jenis assist/slipper, talaan yang lebih baik terhadap fork hadapan sementara peredam hentakan Showa berkembar kini dibekalkan dengan gas nitrogen.

 


Ciri moden yang dibawakan pada Honda Rebel 2020 termasuklah sistem pencahayaan LED penuh, lampu indikasi membelok LED, serta lampu utama LED berdiameter 175 mm.

Sementara skrin speedometer pula adalah jenis ringkas berbentuk bulat (diameter 100 mm) menggunakan lampu latar belakang putih serta memaparkan penunjuk gear baharu dan penggunaan bahan api.

 


Honda Rebel didatangkan dalam tiga warna, iaitu Matte Jeans Blue Metallic, Matte Armored Silver Metallic dan Graphite Black.

Harga jualan pula bermula dari RM32,899.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sudah pasti, model CMX1100 Rebel ini memiliki dimensi yang lebih besar berbanding CMX500 Rebel, di…