Honda Ridgeline 2021 dengan ciri dipertingkat, enjin 3.5 liter V6 VTEC 280 hp/355 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu, Honda yang sememangnya terkenal di tanah air Malaysia sebenarnya mempunyai produk trak pikap tersendiri di negara Amerika Syarikat, iaitu Honda Ridgeline.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tidak seperti binaan trak pikap tipikal daripada kerangka ladder frame (seperti Hilux, Triton, Ranger), Honda Ridgeline sebenarnya sebuah model trak pikap dengan binaan unibodi, dan jika anda ingat, model trak pikap yang dibangunkan oleh Hyundai menggunakan binaan yang serupa  iaitu Santa Cruz.

 


Generasi kedua Ridgeline berada di pasaran semenjak tahun 2016 lagi, dan Honda telah menawarkan kemaskini bagi menjadikan trak pikap ini lebih malar segar dengan aliran masa.

Jika sebelum ini Honda Ridgeline nampak 'lembut', perubahan yang dibawakan pada model 2021 ini ternyata memberikan penampilan yang lebih agresif.

Antara perubahan yang dibawakan termasuklah penggunaan bahan kepingan logam serba baharu untuk struktur tiang A dan komponen lain, rekaan hud serba baharu, fender yang direka semula, lampu utama LED yang dihubungkan dengan crossbar dan bukaan gril yang lebih besar.

 


Rekaan bumper juga menampilkan bukaan liang udara sisi yang lebih besar dan skid plate, sementara di bahagian belakang juga menampilkan rekaan bumper baharu dan tip ekzos pada kiri dan kanan.

Kesemua varian lengkap dengan set rim bersaiz 18 inci serta penambahan jarak trek roda sebanyak 20 mm.

Honda juga turut menawarkan pakej Honda Performance Development (HPD) yang merangkumi gril unik, fender flare berwarna hitam, rim gangsa, dan grafik HPD pada bahagian bed.

 


Beberapa perubahan dibawakan di bahagian ruang kabin seperti sistem infotainmen serba baharu, kehadiran tombol volum fizikal, serta kemasan jahitan kontras untuk sesetengah varian.

Sementara varian Sport, RTL dan RTL-E pula menerima papan pemuka serba baharu, roda stereng dan warna aksen pada konsol tengah.

Dari segi kuasa, Honda Ridgeline didatangkan dengan enjin VTEC V6 3.5 liter dengan angka output 280 hp dan 355 Nm, sistem pacuan roda hadapan standard dan transmisi automatik sembilan kelajuan.

Varian pacuan semua roda dengan ciri torque-vectoring pula ditawarkan sebagai opsyen.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin itu menghasilkan 280 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork 355Nm pada 4,700 rpm.…
Informasi
Malah kereta-kereta pertama di dalam dunia dibina atas kerangka ladder frame, di mana badan dibina…
Berita Global
Berdasarkan imej tunggal yang dibekalkan, MAXUS memberikan bayangan bahawa trak pikap tersebut akan…