Honda RS-X 2022 rasmi dilancarkan - harga dari RM8,688

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda hari ini secara rasmi melancarkan pesaing kepada model kapcai Y16ZR, iaitu Honda RS-X 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model RS150R yang terdahulu, reka bentuk model terkini ini ternyata lebih agresif, dimulakan dengan rekaan badan, unit lampu LED berkembar yang telah dialih ke bahagian bawah, rekaan ekzos serta tidak ketinggalan panel meter digital serba baharu.
 

RSX


Dari segi kuasa, enjin silinder tunggal 150 cc masih lagi dikekalkan dengan kuasa maksimum pada 15.8 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 13.6 Nm @ 7,000 rpm.

Sistem gantungan terdiri daripada fork teleskopik hadapan, penyerap hentak tunggal di belakang sementara sistem brek cakera depan dan belakang kini dibantu dengan sistem ABS saluran tunggal.
 

RSX


Kapasiti tangki bahan api pula masih lagi 4.5 liter dengan ketinggian pelana 795 mm, sementara rim pula adalah bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 90/80R17 di depan dan 120/70R17 di bahagian belakang.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan Honda RS-X 2022 bermula dari RM8,688 dan boleh didapati dalam tiga warna menarik iaitu Trico Edition, Candy Caribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana ia masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal 149.1 cc DOHC yang berupaya…