Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22 Februari 2024, dengan harga disyorkan bermula dari RM9,798 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Selain warna baharu, RS-X 150 kekal dikuasakan enjin silinder tunggal 149.2 cc yang mampu menghasilkan 15.8 HP dan 13.6 Nm, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan.
Antara ciri standard lain termasuklah sistem brek ABS saluran tunggal di hadapan, serta lengkap bersama unit lampu LED penuh dan meter digital penuh.